Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Nov 7

    Team Ceramic2u.net

    Tepat 7 Nov 2008, keputusan pertukaran guru antara negeri bagi Januari 2009 telah keluar. Pelbagai reaksi dan mimik muka terpampang pada wajah guru-guru yang berharap ini. Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kecewa dan paling ramai yang menangis. Ada yang menangis sebab terlalu gembira kerana berjaya tukar dan ada juga yang menangis kerana gagal dapat tukar. Apapun, masih ada tempoh rayuan selama seminggu untuk dipertimbangkan oleh pihak Kementerian.Jadi, rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin.

    Yang tidak berjaya, teruskan bakti anda di tempat sekarang. Semoga usaha guru-guru semua mendapat keberkatan Ilahi. Yang berjaya tukar, jadikan tempat kerja baru nanti sebagai motivasi diri untuk meningkatkan mutu pendidikan negara ini.

    Saya juga mendapat komen daripada beberapa orang guru yang bertanyakan tentang penggunaan Internet Explorer sebagai browser untuk membuat sistem pertukaran guru. Kenapa browser lain tidak boleh guna? Ini kerana ramai pengguna Internet menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser. Justeru itu, saya minta pihak BTMK Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan perkara ini demi meningkatkan mutu penyampaian maklumat kementerian kepada rakyat.

    Hmm ;) , saya masih menantikan keputusan UPSR 2008. Agak-agaknya bila akan diumumkan? Marilah bersama-sama kita nantikannya. Bukan apa, murid-murid dah tanya guru-guru, jadi guru-guru rasa serba salah je nak jawab..:)

  • May 21

    moe-transparent.gif

    Memang dinantikan oleh guru-guru yang ingin bertukar negeri. Setelah penat mengisi borang secara online tempoh hari. Guru-guru boleh membuat semakan keputusan pertukaran antara negeri bermula pada 23 Mei 2008. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang dapat bertukar dan untuk guru-guru yang tidak dapat bertukar, cuba lagi akan datang.

    Semakan dibuat menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau melalui link berikut. klik disini

    Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara on-line mulai 23 Mei hingga 31 Mei 2008.
    Keputusan rayuan akan dibuat secara on-line juga mulai 16 Jun 2008.

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Recent Posts

  • Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk PPPS
  • Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar
  • Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Ambilan Januari 2012
  • Borang Pentaksiran KSSR
  • Bahan Sokongan KSSR

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
Banner Promosi

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design