Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Mar 7
Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 akan mula dibuka bermula 7 Mac 2011 kepada semua calon yang berminat mengikutinya. Para lepasan SPM boleh memohon untuk mengkuti program tersebut.
Antara program-program yang ditawarkan ialah :
1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
2. Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara
3. Program Kembar Bahasa Perancis
4. Program Kembar Bahasa Jerman
Program-program akan ditawarkan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT_SYARAT ASAS
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011
3. Calon adalah sihat fizikal dan mental.
4. calon hendaklah aktif dalam kokurikulum
5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam 3 matapelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 matapelajaran berikut : Bahasa Melayu, Sejarah dan satu matapelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.
CARA MEMOHON
# Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011.
# Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
# Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
# Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
# Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
# Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
# Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.
# Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.
Ujian INSAK
* Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
* Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
* Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
IKATAN PERJANJIAN
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
MAKLUMAT
* Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
* Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru
Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu,
Sabah
Telefon : 088 236804URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching,
Sarawak
Telefon : 082 258045TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan KPLSPM akan ditutup pada 21 Mac 2011.
Comments Off -
Permohonanan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Julai 2009
Filed under PendidikanMar 10Permohonanan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Julai 2009. Permohonan kursus sila klik di sini.
Tagged as: KPLSPMComments Off








