Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
15,000 guru naik gred
Filed under Pendidikan, SekolahFeb 18Guru lepasan ijazah nikmati manfaat semakan semula SBPA
KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam memberi jaminan 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan April ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Kementerian Pelajaran sudah mengambil tindakan berhubung kenaikan pangkat itu walaupun SBPA masih di peringkat semakan semula Pasukan Petugas Khas diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.
Beliau menjelaskan Kementerian Pelajaran tidak dapat menaikkan gred guru terbabit tahun lalu disebabkan dasar membekukan lantikan baru bermula 20 Mei sehingga 31 Disember, selain tidak mempunyai jumlah perjawatan mencukupi.
“Daripada rekod Kementerian Pelajaran, kita dapati 7,396 pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD) sudah diperakui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dilantik sebagai pegawai perkhidmatan siswazah.
“Bagaimanapun, pelantikan mereka tidak dapat dilakukan tahun lalu berikutan pembekuan itu… sebab itulah timbul isu berkenaan,” katanya di sini, semalam.
Minggu lalu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng mendedahkan kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu.
Situasi itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang terpaksa membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan peribadi bagi menampung kos menyambung pelajaran masing-masing.
Comments Off -
Guru Kutuk Murid Di Facebook
Filed under Isu SemasaApr 23Pegawai Chicago Public School menyiasat kes seorang guru yang mengupload gambar kanak-kanak perempuan tujuh tahun bernama Jolly Rancher di Facebook setelah guru tersebut berasa kelakar melihat fesyen rambut kanak-kanak tersebut. Dalam gambar tersebut Jolly Rancher dilihat meletakkan gula-gula di hujung rambutnya
Ibu Rancher’s, Lucin Williams, berkata bahawa anaknya memintanya untuk meletakkan gula-gula di tepi rambutnya.
Williams juga telah mengadu apa yang terjadi kepada guru besar sekolah dan guru berkenaan yang untuk mengupload gambar anaknya yang menjadi bahan lawak supaya membuangnya dari facebook supaya anaknya tidak diejek lagi.
Ibu gadis malang itu mengatakan guru tersebut tidak pernah meminta maaf pada anak perempuannya.
“Tidak ada anak yang pergi ke sekolah untuk diganggu atau diperlekehkan gurunya sendiri” katanya.
Jurucakap Chicago Public School, Monique Bond berkata, “Guru berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin.
Di Malaysia pun berlaku juga, sering juga kita melihat guru yang mengupload jawapan peperiksaan anak murid mereka yang lawak di facebook dan jadi bahan lawak.
Comments Off







