Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Sep 19

     

    Para pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 4 2012 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

    Permohonan Sekolah Berasrama Penuh

    Aliran SBP

    Ketika ini ada sebanyak 63 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Sains Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Kementerian Pelajaran menyediakan 60 buah SBP yang menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama Ikhtisas dan 27 buah SBP menawarkan aliran Sains Teknikal di seluruh negara.

    Pakej Mata Pelajaran SBP

    Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

     

    Sains Tulen : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik,   Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi,  Elektif.

    Sains Teknikal : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan Fizik, Kimia.

    Sains Sosial : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/ Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Elektif.

    Sains Tulen Agama : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

    Aliran Agama Ikhtisas : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan,  Sains, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas. 

    Permohonan SBP Tingkatan 4 2012

    • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua sekolah asal untuk disahkan.
    • Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

    Tarikh Tutup

    • Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2012 akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

    Keputusan Permohonan

    • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP 2012 dijangka akan diumumkan pada pertengahan bulan Januari 2012.

    Maklumat

    • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
    • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
    • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010 dan Tingkatan 4 2011.
    • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
    • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my
  • Sep 19

     

    Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 yang akan menduduki UPSR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2012 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Ketika ini terdapat 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

    Aliran SBP

    Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

    Pakej Mata Pelajaran

    Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

     

    Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

    Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

    Permohonan SBP Tingkatan 1 2012

    • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.

      1. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
      2. Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
    • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

    Tarikh Tutup

    • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

    Keputusan Permohonan

    • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.

    Maklumat

    • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
    • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
    • Anda boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 dan Tingkatan 1 2011.
    • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
    • Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my

    Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP

    Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :

    1. Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?

      Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.

    2. Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?

      Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.

    3. Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?

      Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.

    4. Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?

      Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.

    5. Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?

      Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

      Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.

  • Aug 21

    Apa itu Pakej DVD Kursus Fertigasi?

    Pakej DVD Kursus Fertigasi merupakan yang pertama dicipta untuk membantu anda yang berminat untuk berjaya dalam bidang pertanian fertigasi & anda tidak akan jumpa maklumat lengkap yang disusun rapi seperti ini di tempat lain. Malah anda boleh ulang siar jika terlupa yang tidak akan perolehi jika anda pergi menghadiri kursus. DVD ini telah dibangunkan oleh Saudara Mohd Faidzal bin Abu. DVD ini merangkumi video 9 jam dan pakej ebook untuk anda.

    Apa gunanya Pakej DVD Kursus Fertigasi ini?

    DVD ini merupakan pakej video berkursus untuk membantu mereka yang berminat dalam pertanian untuk mengetahui tentang penanaman fertigasi. DVD ini memudahkan mereka yang memang berminat untuk mengikuti kursus tapi jarak yang jauh membantutkan niat mereka. Maka, oleh sebab itu, DVD ini telah dibangunkan bagi membantu mereka yang jauh.

    Apa yang menariknya dalam DVD ini?

    DVD ini terdiri daripada 4 keping DVD dan 1 CD percuma yang memuatkan segala modul yang bakal didedahkan kepada pembeli DVD tersebut. Antara modul-modulnya ialah :

    Modul 1 – Pengenalan & Keperluan Asas Fertigasi

    Pengenalan Fertigasi
    Jenis Tanaman
    Alatan Asas
    Lakaran Sistem

    Anda akan mengetahui konsep sebenarnya apakah keperluan yang betul dan bagaimana memilih jenis tanaman fertigasi yang paling menguntungkan atau yang sesuai ditanam.

    Modul 2 – Penyediaan Semaian

    Pemilihan Benih
    Peralatan Semaian
    Penyediaan Benih
    Kaedah Menyemai
    Pengurusan Semaian

    Anda akan didedahkan dengan rahsia pemilihan benih yang sesuai, disamping pembongkaran teknik penyemaian yang betul dan mudah.

    Modul 3- Penyediaan Tapak & Pemasangan Sistem

    Pemilihan Tapak
    Penyediaan Lakaran Tapak
    Jadual Pelaksanaan Projek
    Peralatan Asas
    Teknik Pemasangan -video
    Ujian Sistem

    Modul ini menjelaskan cara pemilihan tapak & teknik pemasangan sistem fertigasi dengan pantas. Anda juga akan diajar mengira kos projek dan keperluan lengkap projek bergantung kepada modal. Malah formula pengiraan jiga disertakan. Teknik yang diajar ini terbukti berhasil.

    Modul 4 – Pengurusan & Penjagaan Ladang @ Tanaman

    Pembajaan
    Pengurusan Anak Pokok
    Penjagaan Pokok
    Kawalan Penyakit

    Anda akan didedahkan dengan pengurusan tanaman & kawalan penyakit. Ketahui jenis penyakit dan racun serta teknik meracun yang betul. Dengan teknik pengurusan dan pengawalan ini, anda mampu tersenyum dengan bakal hasilnya nanti. Tiada lagi istilah "Tangan Panas" atau "Tangan Sejuk".

    Modul 5- Pengurusan Hasil & Pemasaran

    Pengumpulan Hasil
    Pengurusan Lepas Tuaian
    Pemasaran
    Analisis Keuntungan

    Modul ini memberi gambaran jelas tentang bagaimana untuk mengutip hasil tanaman dan pembungkusan selepas proses penuaian. Tips menjual juga diberi step by step.

    Modul 6 – Rumusan

    Komersil atau Edible Garden
    Keusahawan & Jati Diri
    Senarai Pembekal
    Senarai Perjanjian & Dokumen Sokongan
    Perkhidmatan Lepas Jualan

    Modul ini merangkumkan kaedah dan teknik yang telah diajar dalam modul –modul di atas. Anda diberikan maklumat tentang penggunaan dokumen sokongan, senarai pembekal peralatan serta sistem sokongan menggunakan laman web sosial.

    Lebih menariknya lagi, bakal pembeli turut akan diberi BONUS iaitu :


    1. Rahsia Usahawan Fertigasi & Nota Tambahan
    Di dalam bonus ini terdapat FORMULA RAHSIA mengira kos / modal fertigasi. Terdapat juga Nota/Kajian Sains mengenai penyakit tanaman, format perjanjian pajakan tanah dan perkongsi perniagaan, nota rujukan daripada Jabatan Pertanian, FAMA dan Peladang.

    2. 4 Ebook Pertanian
    Bonus #2 mengandungi 4 ebook yang sangat berguna bagi menambah pengetahuan mengenai jenis penyakit bagi tanaman, panduan seorang pengusaha, maklumat bioteknologi mengenai buah-buahan dan sayuran.

    Jika anda semak nilai buku ini di Amazon.com, ianya bernilai antara USD190 hingga USD750 satu buku dengan nilai keseluruhannya dianggarkan sekitar USD1,200 atau RM3,900. Namun untuk membantu anda, ianya diberikan percuma bersama DVD Kursus Fertigasi ini.

    3. Group Facebook – Khidmat Sokongan
    Membantu anda sehingga berjaya membuka ladang fertigasi anda sendiri.

    Bagaimana nak beli DVD ini?

    DVD ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan berbanding kursus pertanian yang mencecah RM400.
    Bakal pembeli hanya perlu membayar RM100 untuk mendapatkan DVD Kursus Fertigasi tersebut. DVD tersebut akan dipos ke rumah bakal pembeli setelah pengesahan pembelian dilakukan.


    Mengapa anda patut membelinya?…

    Dengan memiliki DVD kursus lengkap fertigasi ini anda:
     

    • Anda tidak perlu memikirkan lokasi yang bersesuaian dengan kediaman anda, penginapan semasa menyertai kursus dan kos lain-lain kerana dengan memiliki DVD Kursus Fertigasi ini yang merangkumi 4 keping DVD yang dirakam sepenuhnya bersaiz melebihi 16GB atau hampir 9 jam rakaman. Anda seumpama menghadiri kursus sebenar di tempat kami dengan rakaman suara dan slide serta disertakan bersama nota rujukan.
    • Anda juga boleh menggunakan sama ada DVD Player atau Komputer untuk menggunakan DVD ini kerana ianya telah diformatkan untuk kegunaan kedua-dua peralatan tersebut. Hanya dengan menonton TV, anda seumpama berada di dewan kursus.
    • Jaminan 30 hari diberikan kepada bakal pembeli.


    Apa yang anda tunggu lagi DVD Kursus Fertigasi ini memang yang terbaik..dapatkan sekarang…
     


     

  • Aug 14

    LIN DAN JUARA BWF BADMINTON LONDON 2011

    Pada game pertama,diawal permainan,Lin Dan seakan gugup melihat aksi Lee Chong,kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Lin Dan,sekaligus memberi beberapa mata kepada Chong Wei,tetapi Lin Dan bangkit dengan menyamakan mata 20-20,walapun pada satu ketika Chong Wei telah mendahuhui 20-17.Walaubagaimanapun Chong Wei sukar untuk ditewaskan,game pertama Chong Wei menang 22-20.

    GAMBAR LIN DAN

     

    Pengerakan bahasa tubuh Chong Wei dalam membalas hantaran berjaya memerangkap Lin Dan,dalam game kedua,Lin Dan berusaha untuk menjarakkan jurang mata,tetapi seringkali digagalkan oleh Chong Wei.

    Lin Dan tidak berputus asa,mata silih berganti dan saling bertukar kedudukan sebagai pendahulu mata diantara mereka.Satu ketika Lin dan mendahului Chong 18-11 hasil dari kesilapan yang dilakukan oleh Lee Chong Wei.Walaupun Chong Wei memberi asakan yang hebat,tetapi Chong Wei terpaksa akur dengan usaha keras Lin Dan untuk memenangi game kedua dengan 21-14

    Game ketiga(penentuan) sungguh mendebarkan,tak senang duduk Nakal dibuatnya,Lin Dan dengan mimik muka yang rakus dalam mencari mata,tetapi Chong Wei cool jer,menahan asakan Lin Dan,kerakusan Lin Dan berjaya memberinya mata sekaligus menjarakkan jurang mata.

    Pada kedudukan mata 18-18,ternyata kedua pemain ini menghadapi tekanan,dalam memburu kejuaraan,Kedudukan mata terikat lagi dengan 19-19 dan terus sama lagi dengan 21-21,ternyata begitu sengit perlawanan ini.

    GAMBAR LEE CHONG WEI

    Namun apa kan daya nasib tidak menyebelahi Lee Chong Wei dan juga kita.Kita terpaksa menerima hakikat kekalahan ini.Lin Dan menang 23-21 di game ketiga,secara keseluruhannya Lin Juara Badminton Dunia dengan kemenangan 20-22 , 21-14 , 23-21

  • Aug 11

    Pelaburan perak merupakan pelaburan alternatif kepada mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak untuk melabur selain daripada pelaburan emas. Walau bagaimanapun, masih ramai yang mencari teknik dan strategi untuk melabur dalam pelaburan perak.

    Dengan terhasilnya ebook Pelburan Silver oleh Saudara Ikram Adi Ahmad Tajudin membuka ruang dan peluang untuk mempelajari teknik pelaburan tersebut. Lebih menyeronokkan, panduan tersebut ditulis dalam bahasa Melayu.

    Siapa Ikram Adi  ?

    Ikram Adi Ahmad Tajuddin merupakan seorang pelabur yang telah berkecimpung dalam bidang pelaburan perak sejak 3 tahun yang lalu. Dalam pakej eBook pelaburan silver atau silver ini, beliau kongsikan pengalaman, teknik dan strategi yang beliau gunakan sejak beberapa yang tahun yang lalu.

    Kalau diikutkan, kita dikira bertuah dengan penerbitan eBook pelaburan silver tulisan saudara Ikram Adi. Kenapa ? Sebab hampir tiada bahan bacaan dalam bahasa melayu di luar sana berkaitan pelaburan perak !

    Ebook ini untuk siapa?

    Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang :

    1. Mereka yang sedar  akan potensi pelaburan perak tetapi tidak bagaimana nak bermula..(memang patut mendapatkannya)

    2. Mereka yang mencari pelaburan alternatif iaitu yang murah selain daripada pelaburan sedia ada iaitu emas, hartanah, unit amanah dan saham.

    3. Mereka yang mempelajari teknik membina kekayaan peribadi menerusi pelaburan perak secara sah dan tiada sekatan undang-undang.

    Bagaimana ebook ini dapat membantu anda?

    Ebook ini dapat membantu anda dari segi :
    1. Menjimatkan masa anda : Anda tidak lagi perlu habiskan masa anda dengan mencari dan mengkaji bagaimana pelaburan perak sebaliknya anda terus belajar daripada orang yang berpengalaman menerusi ebook beliau.

    2. Tidak perlu "trial and error". Anda terus sahaja aplikasi teknik yang didedahkan dalam ebook tersebut.

    Kandungan Pakej Ebook Pelaburan Silver

    Terdapat 2 pakej sahaja iaitu :

    1. Pakej Ebook (Ebook + Kajian Kes) Harga RM80


    Pakej eBook menawarkan eBook utama beserta kajian kes saudara Ikram melabur perak fizikal. Dalam eBook utama, anda akan memahami dengan lebih mendalam tentang potensi pelaburan silver dan kenapa pelaburan ini merupakan satu cabang pelaburan yang berpotensi mendatangkan keuntungan yang lebih baik berbanding pelaburan lain. Anda juga akan diajar tentang cara jual beli perak mengikut kaedah yang betul dan “timing” yang perlu anda peka ketika terlibat dalam urusan pelaburan perak.

    Kajian kes tukar ganda silver pula menerangkan kepada anda tentang bagaimana Saudara Ikram menjana keuntungan dalam pelaburan silver. Dalam kajian kes ini beliau menunjukkan “teknik tukar ganda” yang hanya dipraktikkan oleh golongan pelabur tertentu sahaja.

    2. Pakej Maximus (Ebook + Kajian Kes + Video) Harga RM150


    Dalam pakej kedua ini, anda masih lagi mendapat eBook dan kajian kes seperti di atas. Selain eBook dan kajian kes, anda juga akan menerima video saudara Ikram memberikan seminar dan training pelaburan perak di Seminar Team Pelabur Underground. Jika anda hendak menyertai seminar tersebut secara live, anda mungkin terpaksa membayar lebih dari RM 300 untuk tiket sahaja !

    Kelebihan eBook Pelaburan Perak

    Setelah diteliti, terdapat beberapa kelebihan pakej ebook ini iaitu :

    1- eBook ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri dalam pelaburan perak.

    2- Panduan yang ditulis mudah difahami – tak perlu risau jika anda tiada pengetahuan dalam bidang pelaburan silver. Jika masih ada yang tidak faham, tanyakan terus kepada saudara Ikram.

    3- Panduan disusun dengan baik supaya anda dapat bermula langkah demi langkah, sekaligus anda tidak pening !

    4- Jaminan pulangan wang selama 30 hari. Jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan eBook tersebut, jangan risau atau susah hati, anda boleh mendapat pulangan wang dalam tempoh 30 hari anda membeli eBook tersebut.

    Kelemahan Pakej Ebook ini

    1. Harga.

    Buat masa ini harga eBook ini adalah RM 80. Mungkin bagi sesetengah di luar sana, harga ini mahal. Mungkin juga tidak kisah.

    Jika anda bukan dari golongan yang saya sebutkan di atas, saya rasa lebih baik wang tersebut digunakan untuk tujuan lain yang dapat mendatangkan lebih banyak manfaat kepada anda.

    Tetapi, jika anda memang tergolong dalam salah satu daripada golongan di atas, RM 80 amatlah berbaloi kerana kandungan yang bakal anda pelajari  adalah berdasarkan ilmu, pengalaman bertahun-tahun, teknik dan strategi penulis sendiri dalam bidang pelaburan perak @ silver.

    2- Ini bukan buku biasa.

    Yup, ini adalah buku elektronik atau lebih dikenali sebagai eBook. Maksudnya, anda memerlukan komputer atau gajet seperti iPad untuk membaca eBook ini, seperti anda membaca dokumen-dokumen elektronik lain di pejabat anda.

    Jadi bagi mereka yang tidak gemar meluangkan masa di hadapan komputer, eBook ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

    Tetapi, jika anda sentiasa membaca di komputer seperti membaca akhbar secara online, berfacebook, berforum – eBook ini bukan satu masalah buat anda.

    Walau bagaimanapun, anda boleh mencetak ebook ini untuk dibaca oleh anda.

    Kesimpulan Tentang Pakej Pelaburan Silver ….

    Jika anda tergolong dalam salah satu kumpulan yang saya terangkan di atas, eBook ini amat sesuai sekali untuk anda bermula dalam pelaburan perak. Anda diajar oleh orang yang berpengalaman dalam bidang pelaburan silver ini. Tambahan pula, anda mendapat jaminan wang dalam selama 30 hari jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan ebook pelaburan silver tersebut. Kesimpulannya, amat berbaloi !

    ——->dapatkan sekarang…

    Jadi, jawapan untuk soalan samaada adakah anda patut beli eBook ini atau sebaliknya, ada pada anda.

    PERHATIAN TENTANG EBOOK PELABURAN SILVER

    Bagi Sesiapa Yang Ingin Belajar Pelaburan Silver, Pastikan anda Mendapatkan Ebook Tersebut Secepat Mungkin 
    Sebelum Website Tersebut Menutup Jualan

    >> Klik Di Sini Sekarang <<
     

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Ebook Percuma

panduan trafficwave

Recent Posts

  • Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam
  • SBPA Batal, SSM Ditambah Baik Kekal
  • 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A dalam STPM 2011
  • 15,000 guru naik gred
  • Motivasi dari gambar

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design