Alhamdulillah, satu lagi program PTC yang baru saya join, ONBUX telah mendatangkan hasilnya..walaupun sedikit tapi sekurang-kurangnya boleh cover bayar streamyx kot..
Pada kali ini, saya hendak memberi panduan tentang teknik rent referral dalam program PTC. Sebelum rent referral, anda kena bersedia dengan modal sebabnya perlukan modal untuk rent referral. Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada jumlah rent yang ingin disewa.Kebiasaanya, sewa referral ini hanya untuk tempoh sebulan sahaja.
Saya akan tunjukkan contoh pengiraan kos modal dan untung yang bakal di perolehi untuk satu program PTC iaitu INCRASEBUX.
Di sini terdapat 4 jenis membership iaitu STANDARD, VERIFIED, PAID dan PREMIUM.
3 jenis membership perlu mengeluarkan modal iaitu $3 utk VERIFIED, $25 utk PAID dan $90 utk PREMIUM. Tempoh membership adalah selama setahun.
Di atas ini pulak menunjukkan harga sewa referral mengikut jenis membership.
$0.50 untuk STANDARD
$0.43 untuk VERIFIED
$0.40 untuk PAID
$0.40 untuk PREMIUM
Contoh Pengiraan :
Sekiranya anda memilih VERIFIED, anda perlu keluarkan modal membership sebanyak $3 dan $0.43 untuk sewa 1 referral untuk sebulan.
katakan anda menyewa seratus referrals. Jumlah modal adalah $43.
So, di sini anda perlu keluarkan modal awal $46.
Mari kita kira hasil yang bakal diperolehi.
Earning dari referral klik : 0.004 per klik
Normal, setiap hari ada 5 ads.
$0.004 x 5 ads x 100 referrals = $ 2 sehari.
Jadi, untuk sebulan (30 hari), anda akan mendapat
$2 x 30 hari bersamaan = $60 sebulan.
Jumlah earning dari referral yang anda sewa selama sebulan ialah $60.
Ini tidak termasuk, hasil earning dari klik anda sendiri iaitu
$0.008 x 5 ads x 30 hari = $1.2 jek..
JUMLAH EARNING ANDA ialah $60 + $1.2 = $61.2
Keuntungan anda = Jumlah Earning – Jumlah Modal
= $61.2 – $46
= $15.2 sebulan (boleh bayar duit astro)
Ini pengiraan secara kasar, realitinya dalam program PTC, pasti referral yang tidak klik ads pada hari tertentu. jadi saya syorkan anda menganggap hanya 50% referral yang klik. Maka , di sini anda akan mendapat jumlah earning anda akan berkurang.
Jumlah Earning ( anggap hanya 50% je yang klik ads)
= $0.004 x 5 x 30 x 50%
= $30
***********************************************
Anda akan dapati, anda rugi dalam pelaburan ini. Tetapi anda boleh mencuba
sekiranya referral klik ads setiap hari.
Walaubagaimanapun, anda akan untung jika anda memilih membership PREMIUM dengan sewa 100 referrals. Lain kali, saya akan tunjukkan pengalaman saya rent referral seperti situasi di atas ini.
Jumpa lagi..




















