Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Feb 14

    Ketika membaca artikel tentang murid ini semasa keputusan UPSR 2011 diumumkan. Terasa kagum dan mula merasakan semua orang berhak untuk merasai kejayaan seperti mana adik Siti Aisyah.

    Apa yang penting ialah USAHA yang bersungguh-sungguh dan DOA yang berterusan, MOTIVASI DIRI yang berkekalan mampu menjadikan diri kita seperti mana adik ini..

    Jadi, mulakan langkah pertama anda untuk membina kejayaan yang lebih besar..

    Ayuh-ayuh wahai murid/pelajar pewaris bangsa Malaysia.

    Tagged as:
  • Jan 29

     

     

    Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

    1. Dari segi warna

    Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

    2. Dari segi serat daging

    Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

    3. Dari lemak yang kelihatan,

    Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

    Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

    4. Dari segi tekstur

    Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

    5. Dari segi aroma

    Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

    6. Ciri-ciri secara Umum

    Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

  • Apr 23

    Gambar-gambar yang akan di lihat nanti, harapan suapaya membaca tabah hati dan memcari-cari kebenaran di sebalik gambar. Walau sedih sekalipun jurufoto yang mengambil gambar tersebut mempunyai 1001 kisah sendiri, yang tak dapat di ceritakan disini.

    Di bawah pula ialah 10 keping gambar yang menggemparkan dunia semasa kejadian tersebut. Kalau nak tahu lebih pasal kejadian-kejadian tersebut, pergi tanya dengan mak cik Wikipedia.

    1.

    Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.

     

    2.

    Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.

     

    3.

    Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .

     

    4

    Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.

     

    5.

    Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.

     

    Bersambung……………..

    Tagged as: , ,
  • Apr 22

    Tajuk asal gambar ini adalah "taman perlu banyak pokok". Tapi kali ini saya ini membawa anda merenung sekali lagi gambar ini. Fikir-fikirkan lah.

    Tagged as: , ,
  • Jan 26

    Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

    Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

    Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.

    Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

    Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

     Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.

    Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

    Related Posts with Thumbnails
    Tagged as: ,

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Recent Posts

  • 15,000 guru naik gred
  • Motivasi dari gambar
  • 6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir
  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design