Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Apr 23

    Gambar-gambar yang akan di lihat nanti, harapan suapaya membaca tabah hati dan memcari-cari kebenaran di sebalik gambar. Walau sedih sekalipun jurufoto yang mengambil gambar tersebut mempunyai 1001 kisah sendiri, yang tak dapat di ceritakan disini.

    Di bawah pula ialah 10 keping gambar yang menggemparkan dunia semasa kejadian tersebut. Kalau nak tahu lebih pasal kejadian-kejadian tersebut, pergi tanya dengan mak cik Wikipedia.

    1.

    Seperti yang kita tahu, Amerika menjatuhkan dua bom ke Jepun setelah terjadi serangan di Pearl Harbour. Bom di jatuhkan di kota Hiroshima dan Nagasaki. Kedua bom atom ini telah menewaskan 90,000-166,000 ribu nyawa di Hiroshima dan 60,000- 80,000 ribu jiwa di Nagasaki.

     

    2.

    Gambar di atas, berjudul “Jenderal Nguyen Ngoc Loan memenembak seorang tahanan Vietkong di Saigon”, dianggap sebagai salah satu gambar yang paling terkenal dalam sejarah wartawan. Jurugambar Amerika, Edward Adams dianugerahkan Hadiah Pulitzer untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Vietnam Selatan Nasional menembak seorang tentera Vietkong.

     

    3.

    Pada 11 September 2001, pengganas menyerang Amerika dengan dua pesawat penumpang yang dituduh oleh Al-Qaeda menyerang menara kembar,dan telah menewaskan hampir 3000 orang .

     

    4

    Setahun setelah menjajah Iraq pada tahun 2003, laporan mengejutkan tentang penyiksaan, pemerkosaan dan pembunuhan para tahanan yang ditahan di penjara Abu Ghraib. Peristiwa ini lebih di kenali dengan Abu Ghraib Jail.

     

    5.

    Gambar ini diambil oleh jurugambar Afrika Selatan, Kevin Carter. Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan sedang kelaparan dan berhenti untuk beristirahat sambil menundukkan tubuhnya yang lemah dan merangkak menuju pusat PBB untuk mendapatkan makan tetapi beberapa burung pemakan bangkai menunggu dan berharap berdekatannya. Carter dianugerahi Hadiah Pulitzer untuk gambar tersebut.

     

    Bersambung……………..

    Tagged as: , ,
  • Nov 22

     

    Hari2 korang mesti bengang kan? ada je masalah kabel kene curi la.elektrik tak ada la..tension di pikir2..daripada korang melaknat sumpah seranah mereka .Dengan adanya gambar2 kat bawah ni..korang berasa puas hati dan setimpal apa yang diorang KERJAKAN!.


    Padanla muka..da tak de kerja lain ke nak wat?..kat alam kubur terseksala korang.Wahai pencuri2 sekalian..nak ke korang mati sia-sia macam ni?..baik tolong mak korang jual air tebu sana. kata orang macam lagu Wings – Hukum Karma..dalam lirik tersebut ada ayat ni.."buat baik berpada-pada kata orang tua,buat jahat jangan sekali engkau akan rugiii…"


    dah bersedia tengok gambar mereka? jom..!!

     
     
     
     


    inilah baru dikatakan berbaloi – baloi
  • Nov 7

    Biasanya kita dengar hantu kejar kita, kali nie plak ada seorang yang cube menjejak alam ghaib dengan menjejak mereka.



     

     



     

    JAM sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Rahmat Mokhtar, 23, tenang meranduk kepekatan malam menuju ke satu kawasan semak dan terpencil di Sungai Buloh, Selangor.

    Pada malam itu, kru Jurnal diberi kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana Rahmat dan rakan-rakannya mengesan aktiviti paranormal atau lebih tepat, memburu hantu.

    Walaupun berpengalaman pergi ke lokasi-lokasi 'keras' sebelum ini, ia tidak dapat menyembunyikan perasaan gemuruh kami tatkala melangkah ke wilayah berbukit yang didiami ratusan jirat yang tersusun rapat itu.

    Menurut Rahmat, jirat tersebut dibina khas untuk menempatkan mangsa-mangsa kaum Cina yang terkorban dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969.

    "Lebih kurang ada 100 kubur di sini, termasuk satu kubur milik orang Melayu," ujar Rahmat yang mengepalai aktiviti pada malam itu.

    Mengenali Rahmat melalui blognya, vampmalaysia.blogspott.com, ada sesuatu yang menarik tentang pemuda ini.

    Minatnya yang mendalam dalam bidang kajian paranormal telah membawanya hingga ke Itali.

    Malah, graduan Kajian Hantu dan Parasikotik dari sebuah institusi pengajian paranormal di Itali itu juga pernah berkunjung ke Penjara Pulau Venice, Itali untuk merungkai kematian misteri 400 banduan di penjara berkenaan.

    Bagi Rahmat dan dua rakannya, Mohd. Nasir Mohd. Ruhane, 29, dan Mohd. Izwan Shah, 24, daripada Virtual Activity Paranormal Malaysia (Vamp Malaysia), menjejak hantu bukan perkara asing.

    Malah, ia dilakukan hampir setiap bulan di beberapa lokasi berbeza.

    Ditubuhkan pada tahun 2007, Vamp kini menjadi komuniti pengesan aktiviti paranormal yang aktif di Lembah Klang.

    Malah, ia turut memberi peluang kepada orang awam untuk mencuba pengalaman mencari hantu secara percuma.

    "Setakat ini, apabila kami buat lawatan berhantu ini, Alhamdulillah, belum ada yang pernah disampuk teruk.

    "Apa yang penting, tetapkan niat untuk belajar dan jaga perbuatan serta percakapan sepanjang berada di sini," ujar Izwan seperti tahu perasaan gusar yang bersarang dalam hati kami.

    Kos



     

     



     

    Malam itu kami turut ditemani oleh Arwin John, 20, pengasas Malaysian Paranormal Research yang aktif membuat kajian mengenai aktiviti paranoia di sekitar negeri Perak.

    Langkah yang tadi diatur perlahan kini mula rancak apabila alat perakam bunyi yang berada di tangan Arwin mengeluarkan bunyi bising, yang pastinya ia cukup kuat dan berdesibel tinggi.

    Lantas, lampu suluh, kamera perakam video, kamera refleks kanta tunggal (SLR) dan medan frekuensi elektromagnet (EMF) yang berada di tangan segera dihalakan ke kawasan yang dirasakan terdapat kewujudan aktiviti paranormal.

    Kamera rakaman video yang sedia terpasang diletakkan di atas tripod manakala jari tidak henti mengetik kamera yang tersangkut di leher dengan harapan mereka dapat merakamkan imej-imej aneh.

    Sementara itu, Arwin tidak lepas daripada alat perakam suara dan palam fon telinga yang melekap di telinganya.

    "Alat ini boleh merakam bunyi yang tidak mampu ditangkap oleh telinga manusia sekali gus berupaya menyerap bunyi-bunyi aneh dan pelik dengan jelas," kata Arwin.

    Arwin memberitahu, peralatan asas yang perlu ada untuk mengesan hantu ialah kamera kompak digital, EMF, termometer infra merah (IR), kamera video IR dan perakam suara digital.

    Dia sendiri memiliki empat kamera video IR, dua pengesan EMF, sebuah termometer IR, empat perakam suara dan dua set pengesan pergerakan yang kesemuanya bernilai kira-kira RM70,000.

    Ditebak soalan mengapa beliau sanggup melabur untuk hantu, katanya:

    "Menjejaki hantu membawa saya ke kawasan yang terpencil dan jauh daripada orang. Sedikit sebanyak ia memberikan saya ketenangan.

    "Lebih lima tahun mengkaji dan mengenali mereka, saya juga semakin mengerti tentang kehidupan selepas mati."

    Arwin memiliki sijil yang disahkan oleh Persatuan Pemburu Hantu Antarabangsa di Amerika Syarikat.

    Sambil menunggu, Rahmat sempat bercerita kepada kami mengenai kejadian aneh yang pernah berlaku ketika beliau dan rakannya membawa beberapa peminat aktiviti paranormal ke jirat berkenaan.

    Puntianak



     

    SESETENGAH bayangan atau jelmaan entiti tidak mampu dilihat oleh mata kasar namun kebanyakannya boleh dikesan menerusi rakaman video atau gambar.



     

    "Setiap bulan, kami akan ke kawasan yang aktif dengan aktiviti paranormal.

    "Selain di sini, kami juga biasa membawa mereka ke jirat Cina terbesar di Seputeh, apartmen lama di Pandan dan bekas tapak Hospital Lady Templer di Cheras.

    "Jirat ini adalah antara lokasi yang sering kami kunjungi. Jika tidak ada lawatan berkumpulan, saya dan Nasir biasanya akan datang berdua dan duduk di sini sehingga pagi.

    "Semasa kami bawa satu kumpulan peminat aktiviti paranormal beberapa bulan lepas, kehadiran kami mungkin tidak disenangi.

    "Kami lihat seperti ada pokok balak yang mahu tumbang di sini, berhampiran dengan kawasan kami berkumpul.

    "Pokok itu sangat tinggi, kira-kira 14 kaki dan bila ia tumbang, pasti gegarannya kuat dan bunyinya dahsyat, bukan?

    "Namun, selang beberapa minit, apabila kami pergi ke kawasan yang kami lihat pokok itu rebah, kami langsung tidak berjumpa sebarang kesan," cerita Rahmat yang mendakwa bapanya pernah berkahwin dengan puteri bunian.

    "Secara fizikalnya kami tidak nampak dengan jelas, tapi daripada bentuknya, mungkin itu yang dipanggil hantu galah," celah Izwan.

    Berkongsi pengalaman bersama Izwan pula, beliau pernah terserempak dengan kehadiran entiti paranormal di kawasan perkuburan berkenaan.

    "Di laluan masuk ke jirat tadi, saya pernah terserempak dengan lembaga putih yang terbang laju dari arah jirat ini.

    "Pernah juga terjadi, ketika lawatan berkumpulan, kami meninggalkan seorang gadis di kawasan jirat ini tetapi dipantau dari jarak dekat.

    "Tidak sampai 20 minit, dia sudah menjerit minta tolong. Mukanya pucat dan jelas dia ketakutan.

    "Menurutnya, ketika duduk di situ, dia terasa seperti ada orang yang lalu-lalang di sekelilingnya.

    "Dia menjadi lebih takut apabila terasa disentuh dari belakang sedangkan dia cuma berseorangan.

    "Daripada rakaman video, memang benar ada bayangan putih yang menghampirinya," jelas Izwan yang terdorong untuk mengesan aktiviti paranormal selepas sering membantu datuknya mengubat orang ketika usia remaja.

    Anggota paling senior dalam kumpulan itu, Nasir juga tidak kurang pengalamannya berdepan dengan kejadian misteri.

    "Komuniti penjejak paranormal seperti Vamp Malaysia dan Malaysian Paranormal Research bukan sahaja menjejaki aktiviti paranormal, bahkan kami juga mengkaji tentang alam.

    Curi tenaga

    "Kami juga sering membincangkan tentang pembangunan, pembukaan tempat baru dan pemanasan global serta kesannya kepada makhluk-makhluk ini.

    "Tidak mustahil gangguan itu berlaku disebabkan kawasan mereka diceroboh dan mereka perlu mencari penempatan baru.

    "Paling jelas gangguan yang sering dialami oleh pelajar sekolah di beberapa kawasan yang memang menjadi tempat tinggal mereka sebelum ini.

    "Selain itu, kita juga pernah dipanggil untuk mengesan dan membantu menyelesaikan beberapa masalah berkaitan gangguan makhluk ghaib.



     

    KAMERA perakam video dipasang di sekitar kawasan jirat untuk mengesan kehadiran entiti paranormal di lokasi berkenaan.



     

    "Namun, itu semuanya bergantung kepada keizinan Allah," ujar Nasir.

    Tidak bercakap kosong atau yakin dengan deria keenam semata-mata, kumpulan penjejak aktiviti paranormal itu mempunyai penjelasan dari sudut agama dan sains.

    "Melalui kajian dan pengalaman, kehadiran aktiviti paranormal di satu-satu kawasan boleh dinilai melalui alat pengesan yang digunakan.

    "EFM akan menunjukkan signal amaran berwarna merah sekiranya entiti itu hampir dengan kita.

    "Rasionalnya, entiti paranormal mempunyai medan elektromagnet yang kuat malah ia juga terkenal disebabkan sifatnya yang menyerap tenaga, tidak kira daripada manusia atau alatan yang kami bawa.

    "Contohnya seperti malam ini, bateri kamera yang penuh hampir habis, walhal tidak sampai 100 keping gambar yang dirakam. Pada keadaan biasa, ia mampu bertahan sehingga 1,000 keping gambar.

    "Para pengkaji juga pernah meletakkan selonggok bateri bercas penuh di kawasan yang aktif dan membiarkannya semalam bersama kamera video dan meter penyukat tenaga.

    "Keesokannya, bateri itu sudah kosong dan daripada rakaman video, jarum meter menunjukkan pergerakan ke kanan berkali-kali menandakan ada sesuatu yang menyerap tenaga daripada bateri tersebut," jelas Nasir.

    Sumber : Kosmo

    P.S : Jadikan sumber bahan ini sebagai bahan yang mampu membina pemikiran ke arah yang lebih baik…maksudnya.fikirlah sendiri..

  • Oct 20

    Mengapakah masyarakat Melayu yang beragama Islam masih lagi menggunakan jin dan amalan hitam untuk membantu mereka?. Perkara ini juga berlaku pada seorang gadis 18 tahun sehinggakan tindakannya memakan dirinya sendiri. Gadis tersebut mengalami histeria akibat jin dan amalan hitam tersebut.

     

    MANDI...Abu Samah memandikan Ila kerana mendakwa jin yang berada dalam badannya enggan keluar meninggalkan badan.
    MANDI…Abu Samah memandikan Ila kerana mendakwa jin yang berada dalam badannya enggan keluar meninggalkan badan.

    KULAIJAYA: Seorang gadis sengsara akibat gangguan histeria yang dikatakan berpunca daripada tindakannya menggunakan jin dan amalan ilmu hitam bagi menundukkan lelaki supaya memenuhi kemahuannya memiliki barangan berjenama.

    Gangguan histeria dialami gadis berusia 18 tahun itu berlaku jam 10.30 malam pada 14 Oktober lalu memaksa keluarga remaja berkenaan memanggil pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan keadaan. 

    Hasil rawatan, bomoh berkenaan memberitahu kejadian berpunca daripada jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila dia yang mahu dikenali sebagai Ila tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam.

    Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, ‘ilmu penunduk’ yang diamalkan anak gadisnya diperoleh remaja itu daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan.

    “Anak perempuan saya itu dibela abang ipar saya sejak kecil lagi sebelum saya mengambilnya semula empat tahun lalu selepas dia melakukan pelbagai kesalahan di sekolah. 


    “Saya menyedari dia mengamalkan ilmu hitam selepas isteri menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya,” katanya. 

    Menurutnya, akibat tidak sedap hati, dia dan isterinya membakar kertas berkenaan sebelum bertanya kepada anaknya mengenai ayat di atas helaian kertas itu. 

    “Dia menggelengkan kepala dan mengatakan itu kertas conteng biasa tapi kami yakin ia mantera dibekalkan bapa saudaranya. 

    “Saya berani berkata demikian kerana saya sendiri pernah melihat abang ipar (bapa saudara gadis berkenaan) menggunakan bara api ketika menjalankan proses perubatan,” katanya. 

    Ibu Ila pula berkata, gangguan histeria dialami anak gadisnya makin kerap berlaku dan minggu lalu kali ketiga menimpanya sepanjang tempoh dua bulan lalu. 

    Katanya, sebelum tubuh Ila dimasuki jin, dia duduk diam di satu sudut menangis sambil diiringi gelak tawa yang menyeramkan dan memarahi sesiapa yang cuba menenangkannya. 

    “Ila mengaku dia mengamalkan ilmu yang diberi bapa angkatnya selepas gangguan kali pertama berlaku pada pertengahan bulan lalu. 

    “Dia menggunakan ilmu itu bagi membuatkan semua lelaki yang dikenalinya menurut perintah dan meminta apa saja barangan mewah dikehendakinya. 

    “Tahap kesabaran kami sekeluarga sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan ilmu penunduk itu ke atas anak angkat kami yang juga seorang mualaf bagi memenuhi kehendaknya memiliki barangan berjenama. 

    “Walaupun kami berulang kali menasihatinya supaya membuang ilmu itu, dia tetap berdegil dan mengamalkan ilmu hitam itu,” katanya. 

    Wanita itu berkata, walaupun tiga kali diubati, Ila belum pulih sepenuhnya dan dia percaya gangguan histeria itu boleh berulang lagi. 

    “Jika perkara ini berlaku di rumah, kami masih boleh mengawasinya tapi jika ia berlaku di luar, saya bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,” katanya. 

    Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Abu Samah Ahmad yang merawat Ila berkata, apa yang dialami gadis berkenaan kesan buruk apabila seseorang manusia mengamalkan ilmu hitam. 

    “Inilah akibatnya jika mengamalkan benda terlarang kerana ia bukan saja memudaratkan diri, malah boleh membawa kita kepada syirik kerana meminta pertolongan selain daripada Allah SWT,” katanya. 

    Katanya, ketika tubuh Ila dimasuki jin, tindak-tanduknya juga berubah kerana akal fikirannya dikawal jin.

    Sumber : Harian Metro

    P.S : Marilah kita cegah diri kita dari amalan hitam dan khurafat yang boleh mensyirikkan. 

    P.S.S : Ayuh, kita gunakan khidmat perubatan alternatif seperti perubatan Islam untuk membantu kita dalam pelbagai perkara dan masalah yang dihadapi.

    Tagged as: ,
  • Oct 6

    Seram bulu roma saya bila membaca tajuk Berita Harian Online hari ini.. Macam tak percaya je..tetapi apa pun ini sekadar berita tentang gadis yang dikatakan hilang telah menghantarkan sms kepada ibunya. Berita tentang gadis ini agak unik dan pelik kerana dia dilaporkan hilang beberapa kali tetapi ditemui dalam keadaan yang pelik.

    JERTIH: “Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

    Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.

    Peringatan dari saya, tolong pastikan anak-anak / adik anda balik awal di rumah bagi mengelakkan kes sebegini dan kes lain seperti kes penculikan.

    Anda boleh membaca berita selanjutnya menerusi Berita Harian

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Recent Posts

  • 15,000 guru naik gred
  • Motivasi dari gambar
  • 6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir
  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design