Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Apr 25

    Teknik Rahsia Matematik ini sesuai untuk pelajar yang masih belum mampu menguasai operasi matematik dengan baik.

    Teknik yang didedahkan ini tidak pernah diajar secara formal di sekolah malahan tiadapun silibus tentang teknik ini.

    Teknik rahsia ini sebenarnya telah lama wujud cuma ianya masih perkara baru di Malaysia. Jadi, sudah tiba masanya teknik ini dikembangkan kepada mereka yang ingin berjaya dalam subjek Matematik. 

    Teknik ini diambil daripada ilmu Matematik Vedik Sutra yang diambil dan diekstrak dari sebuah buku yang berusia 3000 tahun yang dipanggil 'VEDA'. ( The Ancient Hindu Scriptures of India )

    Saya rasa teknik ini juga mampu menarik minat pelajar untuk meminati subjek Matematik.

    Ianya juga sesuai untuk semua guru Matematik kerana teknik ini dapat diaplikasikan kepada pelajar-pelajar di sekolah terutamanya kepada pelajar yang memerlukan bimbingan asas. Download percuma sekarang..

    Tagged as:
  • Mar 21

    Cuti sekolah selama seminggu ini telah pun berlalu.Bagi warga guru, sudah pasti masih sibuk dengan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini.

    Tidak lupa juga kepada guru-guru yang terpaksa mengorbankan masa cuti dengan mengiringi murid/pelajar ke kejohanan MSS negeri masing. Ini semua menuntut kepada pengorbanan.

    Malahan, cuti ini juga tempoh sibuk bagi guru-guru yang telah terpilih mengikuti Program Pensiswazahan Guru 2011. Ini kerana, para guru ini dikehendaki mendaftar ke IPTA/IPGM yang terpilih di seluruh Malaysia. Hampir semua IPTA dan IPGM terlibat menerima kehadiran pelajar Program Pensiswazahan Guru ini.

    Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru tersebut. Semoga kalian mampu bertahan dan kuat semangat untuk mengharungi 4 tahun pengajian nanti.

    Tidak lupa juga, BPG meminta semua guru yang telah mendaftar untuk mengisi Borang Pengajian Pembiayaan Pendidikan dan menghantarnya 3 minggu selepas pendaftaran.

    Borang tersebut boleh didapati di laman web BPG

    http://apps.moe.gov.my/bpg/

    Berikut merupakan contoh mengisi Borang Penjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru:

     

    Contoh Borang Perjanjian Pembiayaaan Pendidikan Guru(183 kb) 

     

     

     


    Tagged as:
  • Mar 7

    Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 akan mula dibuka bermula 7 Mac 2011 kepada semua calon yang berminat mengikutinya. Para lepasan SPM boleh memohon untuk mengkuti program tersebut.

    Antara program-program yang ditawarkan ialah :

    1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

    2. Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara

    3. Program Kembar Bahasa Perancis

    4. Program Kembar Bahasa Jerman

    Program-program akan ditawarkan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    SYARAT_SYARAT ASAS

    1. Warganegara Malaysia

    2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011

    3. Calon adalah sihat fizikal dan mental.

    4. calon hendaklah aktif dalam kokurikulum

    5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam 3 matapelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 matapelajaran berikut : Bahasa Melayu, Sejarah dan satu matapelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.

    6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

    CARA MEMOHON

    # Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011.

    # Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00. Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.

    # Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.

    # Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

    # Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

    # Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

    # Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga.

    # Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

    Ujian INSAK

        * Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

        * Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.

        * Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

    IKATAN PERJANJIAN

    Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

    MAKLUMAT

        * Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011 untuk mendapatkan maklumat terperinci.

        * Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:

                BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
                KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
                KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
                62604 PUTRAJAYA
                (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
                Telefon : 03 8884 1260/ 1245/ 1243/ 1235/ 1229/ 1228

                URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah
                d/a Institut Pendidikan Guru
                Kampus Gaya
                Peti Surat 10491
                88805 Kota Kinabalu,
                Sabah
                Telefon : 088 236804

                URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak
                Jalan College
                93259 Kuching,
                Sarawak
                Telefon : 082 258045

    TARIKH TUTUP PERMOHONAN

    Permohonan KPLSPM akan ditutup pada 21 Mac 2011.

  • Mar 2



    Muhyiddin (kanan) bertanyakan sesuatu kepda salah seorang penerima insentif di Merlimau semalam.



    JASIN – Penat lelah seramai 586 guru besar besar dari seluruh negara yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing dihargai kerajaan apabila mereka menerima insentif di bawah Tawaran Baru sebanyak RM7,500 seorang semalam.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian insentif yang keseluruhannya bernilai RM18.4 juta itu diperkenalkan oleh kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada tahun lepas.

    Menurutnya, di bawah tawaran itu, guru besar menerima RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus guru paling cemerlang di sekolah berkenaan akan menerima RM1,800 dan baki guru lain memperoleh RM900 seorang.

    “Kakitangan sokongan daripada sekolah berkenaan seperti kerani juga akan diberi imbuhan setimpal kerana mereka juga memberi sumbangan kepada sekolah.

    Sumber : Kosmo

    Tahniah kepada Guru Besar yang terpilih..Jangan lupa bahawa kejayaan anda adalah hasil bantuan guru-guru anda. Hargailah mereka jua..

  • Feb 17

    Tahniah kepada semua guru-guru yang menantikan keputusan permohonan PPG 2011. Seperti yang telah dimaklumkan kepada semua guru bahawa tarikh semakan permohonan PPG telah ditunda pada 21 Feb 2011.

    Ini disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal. Walaubagaimanapun, saya mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada mereka yang bakal berjaya terpilih. 

    Apapun, boleh mula buat semakan pada 21 Feb ni ye. boleh klik link di bawah

    Semakan Status Permohonan Program Pensiswazahan Guru 2011

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Recent Posts

  • Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk PPPS
  • Saraan baru beri guru kenaikan gaji terbesar
  • Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Ambilan Januari 2012
  • Borang Pentaksiran KSSR
  • Bahan Sokongan KSSR

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
Banner Promosi

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design