Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Dec 19

    Siapakah pemilik kepada forum WangCyber yang saya gembar-gemburkan di sini? Tidak lain dan tidak bukan.. Beliau ialah saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Shuth di dunia perniagaan internet. Jika anda pernah berkunjung ke forum WangCyber, anda pasti mengenali beliau.

     
    Untuk pengetahuan anda, saudara Shuth merupakan seorang usahawan internet yang paling kuat menentang program-program buat duit di internet yang penuh dengan penipuan. Antara program buat duit penipu yang ditentang termasuklah Skim Cepat Kaya, Program Reseller, Skim Ponzi, HYIP dan banyak lagi. 
     
     
    Atas semangat beliau yang ingin menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa program penipu seperti ini harus diabaikan, lantas beliau menubuhkan dan membangunkan forum WangCyber. Melalui platform inilah, saudara Shuth dan usahawan yang lain memperjuangkan perniagaan internet yang sebenar. 
     
    Dengan tertubuhnya forum WangCyber, kini, telah ramai orang kita yang celik dengan perniagaan internet. Malah, semakin ramai ahli-ahli dari WangCyber berjaya dalam bidang ini sehingga gah mendirikan perniagaan sendiri. Ianya memang satu pencapaian yang sangat membanggakan. Pada pendapat saya, seandainya tiada forum WangCyber, mungkin lebih ramai rakyat Malaysia terjebak dengan program-program buat duit yang menipu itu.   
     
     
    Forum WangCyber baru satu kejayaan saudara Shuth. Terdapat banyak lagi kejayaan yang telah beliau cipta. Bagaimana dengan perniagaan internet yang beliau jalankan sehingga beliau mengumpul kekayaan daripadanya? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan rahsia-rahsia saudara Shuth, sahabat saya Faizul Noor telah menemuramah beliau dalam satu temuramah eksklusif. Hasil daripada temuramah itu, Faizul Noor telah tulis dalam sebuah ebook.
     
    Berita baik! Anda boleh dapatkan ebook temuramah tersebut secara PERCUMA melalui link berikut atau klik pada gambar.
     
  • Dec 16

    Saudara Nizzura memberi peluang emas untuk anda semua mengikuti seminar beliau secara percuma. Saya suka dengan headline seperti diatas.

    Memang tidak dinafikan, saudara Nizzura seorang usahawan internet yang berjaya dan telah mengasaskan Koperasi Usahawan Internet Selangor Berhad. Tujuan penubuhan koperasi ini adalah untuk melahirkan usahawan internet.

    Saya dimaklumkan beliau akan mengadakan seminar ini secara berkala dan yang pastinya masih lagi secara percuma. Seminar yang terdekat akan diadakan pada 18 Disember ini. 

    Saya syorkan kepada mereka yang berkelapangan dan tinggal berdekatan Selangor dan Kuala Lumpur boleh turun untuk mendengar seminar ini.

    Daftarlah sekarang kerana tempat terhad.

  • Dec 15

    Ebook Percuma terbaru dari seorang IM iaitu Saudara Syafiq Taib.Penulisan beliau dalam ebook percuma ini merupakan percubaan pertama beliau untuk menjadi IM yang berjaya. 

    Ebook beliau yang berjudul 12 Kesilapan Pemasaran Facebook ini mendedahkan antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh seorang peniaga yang menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran.

    Memang tidak dinafikan, Facebook merupakan medium pemasaran yang paling berkesan sehingga mampu dilihat ramai usahawan yang menjadikan ia sebagai alat pemasaran terbaik. Dengan keupayaan Facebook memiliki 16 juta pengguna di Malaysia sekarang ini sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya.

    Walau bagaimanapun, kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh usahawan semasa memasarkan produk mereka menyebabkan Facebook berhati-hati dan menghentikan akaun facebook mereka yang melanggar peraturan di Facebook.

    Bagi mengelakkan perkara ini berulang, saya syorkan anda mendapatkan ebook ini secara percuma sahaja sebagai panduan awal sebelum memasarkan produk anda di Facebook. Ayuh!! Mari dapatkan sekarang.

    http://goo.gl/e6wl9

    Saya yakin anda tidak akan rugi memanfaatkan ebook percuma ini sekirannya anda ingin berjaya.

  • Nov 30

     

    Langkah-langkah mudah untuk mendaftar akaun Alert Pay. Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan dengan teratur bagi mengelakkan berlakunya kesilapan.


    Langkah 1 : Klik link ini (Open New Tab) ===> Register Alert Pay

    Langkah 2 : Klik pada button Sign Up



    Langkah 3 : Pilih akaun Personal Pro.



    Langkah 4 : Isi semua maklumat yang diminta dan pastikan anda mengisi dengan betul dan tepat.



    Langkah 5 : Isi Email dan Password pilihan anda. Pilih 'NO' pada Third Party Information. IsikanWord Verification. Tick/Tanda pada kotak kecil seperti dalam gambar. Kemudian, klik pada buttonFinal Step.
     





    Langkah 6 : Akaun anda telah didaftarkan tetapi masih belum diaktifkan dan non verified lagi. Sila cek atau Log In ke email anda untuk mengaktifkan akaun Alert Pay anda.






    Langkah 7 : Paparan seperti gambar dibawah akan muncul setelah anda klik pada link seperti dalam gambar Langkah 6. Pilih NO seperti dalam gambar dibawah.




    Langkah 8 : Klik Pada Become Verified.



    Langkah 9 : Paparan baru akan muncul dan klik pada Become Verified juga.



    Langkah 10 : Pilih Phone Validation dan klik Next.



    Langkah 11 : Pilih atau Letakkan No Handphone anda dalam ruangan yang disediakan dan klikNext.



    Langkah 12 : Klik pada Send Validation Code. Anda akan menerima mesej daripada Alert Pay. Semak inbox pada handphone anda. Anda akan diberi 3 kode digit.


     

    Langkah 13 : Isikan 3 kode digit tersebut didalam ruangan yang disediakan.



    Langkah 14 : Tahniah. Akaun Alert Pay anda telah aktif dan Verified. Kini anda boleh menggunakan akaun anda untuk menyertai pelbagai program PTC yang disediakan. :)





    Diharap dengan panduan bergambar yang diberikan ini dapat membantu anda memperolehi akaun Alert Pay dengan mudah. Anda boleh infokan panduan ini kepada sesiapa pun secara percuma tidak kiralah di dalam blog, forum, iklan dan sebagainya. Tetapi syaratnya, link kan sekali la ye blog saya ini. :)  
     
    Kredit utk Aku Newbie
     
    Selamat mencuba dari saya..
     
    Akaun Alertpay banyak digunakan untuk pembayaran dan pembelian online.
    Tagged as:
  • Nov 3

    Pakej Software Newbie ini adalah produk digital ciptaan Bearnerd Bondly. Produk ini terdiri daripada 4 perisian iaitu Sales Letter Creator, Landing Page Creator, Order Form Creator, dan Contact Form Creator.

    Sebenarnya ia adalah suatu pakej Bina Sistem Minisite Semudah A-B-C. 

     

    Biar saya terangkan secara ringkas satu persatu bagaimana 4 perisian ini dapat membantu anda.

    Perisian 1: Sales Letter Creator

    Membantu anda membina sales letter dan layout minisite dengan mudah dengan hanya beberapa klik sahaja. Perisian ini dibina berdasarkan format sales letter yang sudah pasti mampu menarik pelawat menjadi pembeli produk anda. Setiap ruangan amat mudah diisi dan tersusun rapi bagi memudahkan anda membina sales letter bagi produk anda.

    Perisian 2: Landing Page Creator

    Perisian ini akan membantu anda membina sebuah landing page yang simple untuk digunakan dalam promosi produk affiliate atau produk Pay Per Lead anda bagi tujuan mengumpul senarai email.

    Perisian 3: Order Form Creator

    Perisian ini akan membantu anda menghasilkan borang order dengan pantas. Apa yang anda perlu lakukan cuma isi konfigurasi borang order dan klik Generate.

    Perisian 4: Contact Form Creator

    Perisian ini akan menghasilkan borang contact untuk anda gunakan dalam website anda. Apa yang perlu anda lakukan cuma isikan konfigurasi borang contact dan klik Generate untuk menghasilkan borang tersebut.

    Idea untuk menghasilkan idea ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Ini adalah kata-kata beliau..

    Sebenarnya idea membina perisian ini datangnya daripada support teknikal yang saya berikan kepada semua yang bertanya melalui email. Saya sering menjawab soalan yang sama, membantu pemasangan minisite, borang order, contact, tulis sales letter dan banyak lagi. Daripada situlah saya terfikir mengapa tidak buat software yang “simple” tetapi mampu menyelesaikan masalah-masalah newbie minisite? Maka itulah sebabnya terhasil Pakej Software Newbie. Bearnerd Bondly

    Produk ini mudah untuk digunakan dan sudah pasti akan membantu newbie yang ingin terlibat dalam perniagaan internet ini.

    Antara kelebihan produk ini adalah :

     

    • Meningkatkan produktiviti anda. Saya sendiri menggunakan perisian ini jika ingin mempromosikan produk affiliate melalui landing page. Kenapa? Sebab perisian Sales Letter Creator amat cepat menghasilkan template html. Saya jimat masa dan tenaga!
    • Sistem minisite yang lengkap. Dengan adanya perisian untuk membina template minisite, borang contact, borang order, dan landing page, anda boleh terus mula dan siapkan minisite jualan anda.
    • Disertakan dengan video tutorial. Saya sertakan video tutorial untuk membantu meningkatkan kefahaman anda tentang cara menggunakan perisian ini.
    • Tidak perlu di ‘install’. Jika anda menggunakan sistem operasi Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7, anda boleh gunakan perisian ini tanpa perlu ‘install’.

    Jadi, apa tunggu lagi? Tak nak dapatkan satu sebelum terlepas promosi Pakej Software Newbie RM30 ini ke?

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Jom Sembang-Sembang

Recent Posts

  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan
  • RM100 sebelum cuti
  • Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012 ?
  • Tarikh Keputusan UPSR 2011

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
tradebit-affiliate-cookie BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net
Banner Promosi

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design