Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Feb 7
Bagi komuniti blogger, sememangnya mereka telah pun mengetahui tentang ChurpChurp ini. Malahan, ramai yang di antara mereka yang telah mendapat pembayaran dari ChurpChurp.
Saya masih mengumpul bayaran minimum sebanyak RM100 untuk membolehkan saya mendapat pembayaran dari ChurpChurp. Saya masih perlu mengumpul RM66.33.
Saya rasa saya boleh mengumpulkan RM100 sebelum bulan Mac ini. Harap2, semuanya berjaya saya lakukan. nampak macam mudah je untuk memulakan langkah pertama dengan ChurpChurp tetapi pada hakikatnya anda perlu mempunyai akaun Twitter.
Program ChurpChurp ini adalah program yang dibangunkan oleh Team Nuffnang yang dikolaborasi dengan Twitter. Jadi, seharusnya anda perlu ada akaun Twitter bagi menjayakan program ini.
Bagaimana cara untuk membuat duit dengan ChurpChurp?
Ok, secara mudahnya terdapat 3 cara yang boleh diaplikasikan.
1. Social Sharing
Anda akan diberi beberapa kempen yang perlu anda promosikan. Anda akan dibayar dengan kadar tertentu mengikut jumlah klik. semakin banyak klik, sebanyak banyak yang anda dapat. Cara ini mudah kerana banyak kempen yang ditawarkan sekarang. Cuma nasihat daripada saya, elakkan dari melakukan spam dan klik pada link anda sendiri.
2. Social Seeding
Cara yang kedua ini lebih kurang sama dengan cara pertama. Cuma cara ini, saya tidak syorkan kerana sukar mendapat kempen. Jika anda lihat gambar di atas, anda akan lihat 0 social seeding.
3. Scheduled Tweet
Cara ini memang mudah kerana anda perlu melakukan tweet sahaja pada Twitter anda. Kadar bayaran tweet bergantung kepada bilangan follower anda. Semakin ramai follower, semakin tinggi kadar bayaran yang anda dapat. Dulu, cara ini menjadi rebutan kerana banyak kempen tweet yang ditawarkan. Tapi, sekarang cara ini semakin berkurang.
Saya rasa anda boleh cuba menggunakan ketiga-tiga cara sebagai permulaan untuk anda.
Dan sekarang, saya hendak beri anda satu lagi cara yang paling cepat untuk mempercepatkan anda dan saya sendiri mendapat pembayaran pertama.
Caranya ialah, anda mengajak teman/rakan dan saudara mara anda untuk menyertai ChurpChurp. Anda perlu yakinkan bahawa pendaftaran hanya PERCUMA sahaja. Setiap signup, anda akan dibayar RM1. Banyak gak tue..
Buat tindakan dan langkah pertama anda sekarang. Percayalah, anda tidak rugi langsung kerana anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal.
Comments Off -
Review:Laporan TeknikPower.Com
Filed under Percuma, Perniagaan InternetJan 27Saya telah mendapatkan laporan TeknikPower.Com yang disediakan oleh Saudara ZulJamal. Laporan ini memberi beberapa contoh IM yang telah berjaya dalam perniagaan internet. Mari dapatkan laporan panduan dari ZulJamal.
Comments Off -
Jan 25
Twitter merupakan wadah yang terbaik untuk mencari kawan dan mempromosi bisnes anda.
Apapun, kejayaan anda dalam online bisnes biasanya dibantu dengan rangkaian rakan yang ramai. Jika dengan Twitter, anda memerlukan ramai follower jika ingin berjaya. Kali ini, saya akan tunjukkan anda, cara mencari follower menggunakan Twiends.
Anda tidak perlu risau kerana twiends tidak akan menjual maklumat twitter anda.
Comments Off -
Jan 21
Tidak sia-sia saya membeli buku Saudara Abooain "Buat Duit dengan PLR" kerana saya telah mencuba teknik-teknik yang diberi dalam buku tersebut.
Saya menggabungkan teknik dengan menggunakan Fiverr. Ramai yang telah tahu tentang Fiverr.
Fiverr merupakan satu platform untuk kita mendapatkan servis dan produk digital pada harga yang rendah iaitu $5 sahaja.
Saya cuba menggunakan Fiverr dengan menjual produk PLR. Ternyata, usaha saya berhasil. Ini cukup menggembirakan saya. Saya telah mendapat 2 order dari orang yang sama.
Saya cuba menyempurnakan tempahan tersebut dan semua berjaya diselesaikan dengan baik.
Walaubagaimanapun pihak pembeli memaklumkan bahawa terdapat fail yang diberi tidak dapat dimuat turun, maka saya pun membuat pembetulan dengan memuatnaik semula fail tersebut dan
memaklumkan kepada pembeli saya. Alhamdulillah, pembeli saya telah memberi feedback yang positif terhadap kerja saya.
Sekarang, saya hanya perlu menantikan payment dari Fiverr. Inilah satu kelemahan Fiverr, kita terpaksa menantikan payment lebih dari 14 hari.
Apapun, saya berpuas hati. Setakat saya menulis post ini saya telah mendapat 1 lagi order dari Fiverr. So, memang tidak rugi membeli buku Abooain
-
Jan 11
Bertemu lagi, saya hendak sambung cerita berkenaan Trafficwave. Seperti yang telah saya post pada 2 hari yang lalu "Percuma Panduan Trafficwave". Saya telah menceritakan serba sedikit berkenaan Trafficwave. Kali ini, saya hendak sambung berkenaan kelebihan autoresponder Trafficwave ini.
Trafficwave adalah host sistem autoresponder – Percuma 30 hari percubaan. Jika puas hati, boleh upgrade akaun.
Yuran bulanan Trafficwave ialah $17.95 . Walau bagaimanapun anda juga boleh melanggan Trafficwave autoresponder secara percuma.
Ciri-ciri dan kelebihan Trafficwave -
1. Ad tracking tanpa had.Track kempen anda dan anda tahu iklan mana yang mendatangkan hasil dan sebaliknya.
2. Perkhidmatan Reminder Online. Jadualkan email pemberitahuan anda untuk kegunanaan peribadi mahupun perniagaan secara online terus ke email anda.
3. WYSIWYG HTML Editor: Memberi kemudahan penyuntigan untuk pengubahsuaian secara profesional dalam masa yang pantas tanpa perlu sebarang pengetahuan tentang HTML.
4. Hosted Lead Capture Pages : Memberikan anda templates yang mudah diubahsuai mengikut cita rasa anda.
5. Langkah demi langkah panduan trafficwave :
- Cara setup kempen autoresponder.
- Cara menghasilkan surat-surat yang menarik dan bermutu bagi mengaut keuntungan.
- Cara mengesan ratusan target utama setiap bulan.
- cara meningkatkan keuntungan sambil mengurangkan perbelanjaan dan banyak lagi ciri-ciri yang menarik!!!
Dapatkan panduan Trafficwave Autoresponder secara percuma yang menerangkan cara membuka akaun Trafficwave dan melakukan setup email autoresponder.
Tagged as: autoresponder murah, Autoresponder percuma, Kelebihan autoresponder, Kelebihan trafficwave, program affiliateComments Off


















