Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Jun 18

    Siapa sangka seorang surirumah sepenuh masa mampu meraih pendapatan dari rumah..ini semua telah dibuktikan oleh seorang graduan  Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) ini..



     

     

     

     

    RUTIN harian Siti Sumera Deyana Sukri, 26, sama seperti wanita bekerjaya yang lain. Seawal pukul 6 pagi dia mula sibuk menguruskan anak-anak dan menyediakan sarapan pagi.

    Selepas menghantar anak sulungnya, Adam El-Badri Suhaidi Badri, 6, ke tadika dia bergegas pulang ke rumah kerana perlu bersiap-siap untuk ke pejabat.

    “Tetapi perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa tak sampai seminit pun memandangkan pejabat saya terletak di luar kamar saja (ketawa),” terang Siti Sumera Deyana atau mesra dengan panggilan Mea sambil menunjukkan pejabat mininya yang kemas dan menempatkan para-para kayu yang dipenuhi koleksi fabrik serta pakaian jualannya.

    Jelas Mea, meskipun pejabatnya di dalam rumah, tetapi itu tidak bermakna dia bebas melakukan apa saja terutamanya dari aspek masa. Dia menyifatkan setiap detik begitu berharga dalam menentukan untung dan rugi penjualan produknya.

    “Setiap hari tepat pukul 8 pagi saya mula bekerja. Tugasan pertama saya memeriksa senarai tempahan produk daripada pelanggan dan mengemaskini stok-stok terbaharu dalam blog.

    “Kemudian saya beralih pula pada proses pembungkusan sebelum ke pejabat pos untuk proses penghantaran menggunakan perkhidmatan pos laju,” tutur Mea yang sempat melayan telatah dua permata hatinya walaupun sibuk mencatat senarai tempahan.

    Selain ketepatan masa, Mea yang mengasaskan Mea Sukri Shoppe yang menjual pakaian secara dalam talian turut menitikberatkan soal penampilan diri dan pemakaian.

    Jelas anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan tersebut: “Jika di pejabat pekerja berdisiplin mematuhi etika berpakaian, mengapa etika ini perlu dihapuskan apabila kita bertugas di rumah? Lagipun imej yang kemas dan cantik menyuntik semangat bekerja yang tinggi.

    Berbicara tentang keputusannya bekerja di rumah, anak bongsu daripada dua adik-beradik itu memberitahu segala-segalanya selepas dia melahirkan anak pertama.

    Tambah graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL): “Sewaktu menamatkan pengajian, usia anak saya baru saja mencecah setahun. Jadi, saya tak sampai hati keluar bekerja dan membiarkan si kecil dijaga pengasuh.

    “Namun, saya akui duduk di rumah saja mengundang kebosanan. Sebab itu, saya meminta izin suami untuk berniaga menerusi internet dan segala perihal perniagaan dijalankan di rumah. Ini bermakna selain berniaga untuk membantu menjana pendapatan peribadi, saya juga dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada anak-anak.

     

    SALAH satu bilik di kediaman Mea yang dijadikan tempat menyimpan koleksi pengantin jualannya.

     

     

    Dalam pada itu, Mea turut menyatakan idea bekerja di rumah timbul hasil pembacaannya di internet mengenai topik konsep pejabat ringkas di rumah atau SOHO (Small Office Home Office). Dia mendapati kebanyakan wanita di negara-negara maju memperoleh pendapatan lumayan menerusi konsep kerja SOHO.

    “Lagipun sekitar 2009, peluang pekerjaan di luar amat terhad gara-gara krisis ekonomi,” terang Mea yang merujuk kepada kegawatan ekonomi dunia yang mengakibatkan seramai 17,126 pekerja wanita di Malaysia hilang dan berhenti kerja.

    SOHO 30 tahun

    Tahun ini hampir tiga dekad terma SOHO digunakan. Sejak kehadiran teknologi canggih seperti komputer dan internet lewat 1990-an, negara maju dilihat semakin rancak mempraktikkan konsep SOHO. Kebiasaannya trend kerja itu menjadi pilihan individu atau syarikat yang menjalankan bisnes kecil-kecilan.

    Lazimnya, konsep SOHO dipraktikkan kelompok individu yang menjalankan bidang perkhidmatan seperti perakaunan, perhubungan awam, penulisan, penterjemah atau pun konsultasi berkaitan kertas kerja bagi sesebuah syarikat.

    Konsep SOHO dilihat bukan saja menjimatkan kos pengangkutan malah, turut mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di jalan raya. Secara tidak langsung mengalakkan orang ramai menjana ekonomi negara tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.

    Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS), setakat ini di negara berkenaan sebanyak 75 peratus rakyat tempatan selesa bekerja di rumah. Ekoran daripada itu, pihak kerajaan menjangkakan pada tahun 2013, jumlah individu yang bekerja di rumah akan mencecah 119.7 juta orang, manakala 1.19 bilion di serata dunia.

    Jimat perbelanjaan harian

    Bagi Fatmawati Abdullah, 30, dalam tempoh enam bulan bekerja dari rumah dia tidak terlepas berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu.

    Dia yang bertugas sebagai perunding perhubungan awam di sebuah agensi perhubungan awam swasta mengakui pada dua bulan pertama, dia berasa janggal dan sunyi kerana melakukan tugasan tanpa dikelilingi rakan sepejabat. Akui Fatmawati ia sedikit sebanyak menyukarkan dirinya melakukan tugasan dengan baik.

    Enggan membiarkan situasi berkenaan berterusan maka Fatmawati atau mesra disapa Bee, mengambil keputusan bekerja di luar rumah untuk sementara waktu.

     

    SELAIN boleh memasak di rumah, Bee juga berjaya menjimatkan sehingga RM800 sebulan untuk caj parkir dan minyak kereta.

     

     

    “Bayangkan selama sedekad saya sudah terbiasa bekerja di pejabat dan dikelilingi rakan sekerja. Jika tertekan atau pun kepenatan menyelesaikan kerja menimbun, rakan-rakan menjadi tempat mengadu. Tetapi situasi ini sukar didapati apabila bersendirian bekerja di rumah. Semuanya perlu diuruskan sendiri tanpa bantuan teman-teman.

    “Namun, lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Kini, rutin kerja harian kembali normal. Setiap hari selepas bersiap, saya akan duduk di pejabat yang diletakkan berhampiran meja makan. Selain mengemaskini e-mel, saya akan menghubungi majikan untuk bertanyakan tugasan terbaharu dan mengurusnkan temu janji bersama pelanggan,” ujar Bee kepada Kosmo!.

    Tambah graduan Ijazah Hiasan Dalaman, Universiti Sains Malaysia (USM), biarpun konsep kerja sebegitu masih baru dilaksanakan oleh warga tempatan, tetapi Bee menyifatkan SOHO membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan dan masa.

    Bukan itu saja, kini anak kelahiran Kuala Terengganu tersebut gembira kerana tidak perlu lagi tertekan dengan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan ke pejabat. Pada masa yang sama berjimat RM800 sebulan daripada membayar caj parkir, minyak kereta dan tol.

    “Saya keluar rumah sekali-sekala itupun berjumpa pelanggan, menguruskan acara dan menghadiri mesyuarat bulanan bersama majikan.

    “Hakikatnya, tidak sukar untuk bekerja di rumah, asalkan pejabat mini dilengkapi komputer, mesin faksimili, mesin cetak, internet dan telefon. Kelengkapan ini memudahkan urusan komunikasi,” ujar Bee.

    Sumber : Kosmo

  • Jun 15

    Terlebih dahulu, diucapkan tahniah kepada Cikgu Wan Sazimah atau lebih suka dikenali sebagai Mamahana atas pelancaran ebook beliau Rahsia Baby Pandai Baca. Siapa sangka bahawa Budak Kecil yang berusia bawah 1 tahun sudah boleh mengenal huruf, mengenal perkataan dan lebih-lebih lagi membaca.

    Inilah dia realiti sebenar berdasarkan pengalaman sebenar yang ditulis kembali bagi membantu para ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil mereka dalam pembacaan. Nampak macam mudah tetapi pada hakikatnya amat susah sekiranya tanpa pengorbanan masa, tenaga dan kesabaran. 

    Dan yang lebih penting, pengetahuan dalam mendidik mereka supaya mampu membaca dalam usia lebih awal. Saya telah membaca ebook beliau dan sememangnya langkah, tips dan panduan yang Mamahana berikan cukup berkesan dan boleh membantu anak-anak anda.

    Ebook yang mempunyai 77 muka surat ini memberikan beberapa langkah untuk membantu merangsang minda bayi dan seterusnya langkah pengajaran membaca. Langkah yang diberi disertakan dengan gambar bagi memudahkan pemahaman anda. Antara isi kandungan di dalam ebook beliau :

    • Pengenalan
    • Mengapa Membaca Awal Penting
    • Kesan Kanak-kanak Tidak Tahu Membaca 
    • Pengalaman Mengajar Anak Sendiri
    • Langkah Awal Merangsang Bayi 
    • Langkah-Langkah Pengajaran Membaca
    • Teknik Menguji Kebolehan Bayi selepas pengajaran
    • Prinsip Pengajaran Membaca
    • Menyimpan dan Merekod Bahan Pengajaran
    • Pengajaran dan Masalah

    Saya rasa para ibu bapa perlu memilikinya sekiranya anda mahu melihat anak anda berjaya dan boleh membaca pada usia yang lebih awal. Jangan tunggu sehingga masuk prasekolah, barulah anak anda mengenali ABC. Mulakan dari awal..

    Akhirnya, anak Mamahana iaitu Raihana Azmir sekarang berada di Mesir menyambung pengajian perubatan dan bakal bergelar doktor apabila balik Malaysia nanti.. Adakah anda tidak mahu anak anda jadi seperti Raihana Azmir?

    Jika YA, saya syorkan anda mendapatkan ebook Mamahana ini..jika anda tidak mahu, saya tidak menyalahkan anda..anda berhak memilih..saya cuma menunjuk jalannya..

    Itu sahaja review daripada saya tentang ebook Rahsia Baby Pandai Baca..

  • Jun 14

    Dokumen Standard Prestasi sebagai panduan kepada guru-guru sekolah rendah terutamanya guru-guru Tahun 1. Dokumen ini penting kerana ianya boleh dijadikan rujukan guru dalam membuat penilaian kepada murid serta bagaimana untuk memasukkan markah di dalam Aplikasi SPPBS secara online.

    Falsafah Pendidikan Negara                                                 Download

    Pendahuluan                                                                         Download

    Tafsiran                                                                                 Download

    Kerangka Standard Prestasi                                                 Download

    Tafsiran Band                                                                        Download

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)

    Bahasa Malaysia                                                                   Download

    Bahasa Inggeris                                                                    Download

    Bahasa Arab                                                                         Download

    Matematik                                                                              Download

    Pendidikan Islam                                                                   Download

    Pendidikan Moral                                                                   Download

    Pendidikan Jasmani                                                              Download

    Pendidikan Kesihatan                                                            Download

    Dunia Sains dan Teknologi                                                    Download

    Dunia Muzik                                                                            Download

    Dunia Seni Visual                                                                   Download

    Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi                       Download

     

    Lain-lain sumber

    Dokumen standard Prestasi PBS BI KSSR 2011

    Dokumen Standard Prestasi TMK Tahun 1

    Dokumen Standard Prestasi BM thn1

    Dokumen Standard Prestasi Sains Tahun 1

    Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 1

    Dokumen Standard Prestasi Matematik Tahun 1

     

    Selamat beramal..

  • May 25

    Jika tertinggal cermin mata , ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.

    Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!

    Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.

    Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.

    Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.

  • May 6

    Masjid-Masjid Terapung yang indah dan begitu artistik senibinanya

    1. Masjid Di Jeddah

    2. Masjid Terapung Dubai

    3. Masjid Selat Melaka

    4. Masjid Tengku Tengah Zaharah, Trengganu

    5. Masjid Tanjung Bungah

    6. Masjid Raya, Indonesia

    7. Masjid Haj Ali, Mumbai , India

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Jom Sembang-Sembang

Recent Posts

  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan
  • RM100 sebelum cuti
  • Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012 ?
  • Tarikh Keputusan UPSR 2011

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
tradebit-affiliate-cookie BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net
Banner Promosi

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design