Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Dokumen Standard Prestasi KSSR for SK
Filed under Pendidikan, SekolahJun 14Dokumen Standard Prestasi sebagai panduan kepada guru-guru sekolah rendah terutamanya guru-guru Tahun 1. Dokumen ini penting kerana ianya boleh dijadikan rujukan guru dalam membuat penilaian kepada murid serta bagaimana untuk memasukkan markah di dalam Aplikasi SPPBS secara online.
Falsafah Pendidikan Negara Download
Pendahuluan Download
Tafsiran Download
Kerangka Standard Prestasi Download
Tafsiran Band Download
DOKUMEN STANDARD PRESTASI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)
Bahasa Malaysia Download
Bahasa Inggeris Download
Bahasa Arab Download
Matematik Download
Pendidikan Islam Download
Pendidikan Moral Download
Pendidikan Jasmani Download
Pendidikan Kesihatan Download
Dunia Sains dan Teknologi Download
Dunia Muzik Download
Dunia Seni Visual Download
Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi Download
Lain-lain sumber
Dokumen standard Prestasi PBS BI KSSR 2011
Dokumen Standard Prestasi TMK Tahun 1
Dokumen Standard Prestasi BM thn1
Dokumen Standard Prestasi Sains Tahun 1
Dokumen Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 1
Dokumen Standard Prestasi Matematik Tahun 1
Selamat beramal..
Comments Off -
May 25
Jika tertinggal cermin mata , ini ada satu cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik “Pinhole Effect”. Prinsip efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata (kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.
Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kedbod kecil, berukuran 3 x 5 cm, kemudian pada kadbod tipis atau kertas tersebut dibuat satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pulpen. Sehingga kita dapat mengintip melalui celah lubang tersebut. Dikatakan huruf yang kecil akan nampak!
Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu membuat kertas berlubang kecil tadi ialah dengan menggunakan tangan kanan kita.
Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi.
Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan telunjuk. Dari celah tersebut akan terlihat objek yang lebih jelas dan dapat dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh atau dekat.
-
Masjid-Masjid Terapung
Filed under Minat, PendidikanMay 6Masjid-Masjid Terapung yang indah dan begitu artistik senibinanya
1. Masjid Di Jeddah
2. Masjid Terapung Dubai
3. Masjid Selat Melaka
4. Masjid Tengku Tengah Zaharah, Trengganu
5. Masjid Tanjung Bungah
6. Masjid Raya, Indonesia
7. Masjid Haj Ali, Mumbai , India
Comments Off -
Apr 26
Lokasi : Halaman, Tepian Jalan.
Negara : Congo
Catatan Ringkas : SAPE! motto : Lelaki seharusnya bergaya:
hit more untuk keterangan bergambar
Comments Off -
Al-Quran Pertama Di Dunia
Filed under PendidikanApr 26
Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Othman Bin Affan.
Othman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah meninggalnya Rasulullah SAW.
Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.
Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuwan dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.
Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi.
Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.
Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan dari Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.
Tidak jauh dari lokasi penyimpanan Al-Quran tersebut, ada juga sebuah rumah yang menyimpan benda bersejarah lainnya, iaitu sehelai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, rambut baginda ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.
Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dikatakan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku hingga tiga ribu naskah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.
Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan kedoktoran. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Alquran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Othman Bin Affan,”jelasnya.
Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.
Sejarah tibanya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Othman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Othman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenal sebagai Irak.
Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.
Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.
Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.
Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.
Mufti yang juga menjaga serta menjaga ini mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari perkara-perkara negatif yang mungkin terjadi.
Comments Off







