Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Soalan Percubaan UPSR 2011
Filed under Pendidikan, SekolahAug 3Berikut adalah link untuk mendapatkan koleksi soalan percubaan UPSR 2011 yang telah disusun mengikut negeri. Link ini diperolehi daripada seorang rakan..
Apa yang perlu anda buat ialah klik pada link, biarkan web adf.ly dipaparkan. Kemudian, klik pada skip ad. Fail akan didownload.
Selamat mendownload untuk anak bangsa.
Tagged as: percubaan, percubaan upsr, percubaan upsr 2011, soalan percubaan upsr, soalan percubaan upsr 2011, trial 2011, trial upsr 2011, upsr 2011Comments Off -
Tawaran Biasiswa JPA bagi sesi 2011/2012
Filed under Pendidikan, PengumumanJul 31TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA DALAM NEGARA BAGI SESI 2011/2012
Jabatan Perkhidmatan Awam JPA menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar yang telah mendapt tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai sesi 2011/2012. Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang menerima tawaran di IPTA dan IPTS terpilih iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.
Pemohon boleh membuat permohonan secara online di alamar berikut
Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Ogos 2011.
Calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana program penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.
Sebarang maklumat lanjut didapati di laman web yang diberikan.
Comments Off -
(Semakan) Keputusan UPU IPTA 2011
Filed under Pendidikan, PengumumanJul 16Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2010 dan kami pasti, ramai di antara adik-adik yang ternanti-nanti tarikh semakan keputusan UPU 2011. Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA 2011 telahpun dibuka. Berikut adalah butiran penting mengenai semakan keputusan permohonan ke IPTA sesi 2011 bagi lepasan SPM dan STPM.
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu ke 2 Julai 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : 6 Mei 2011Semakan keputusan kemasukan ke IPTA sesi 2011 boleh dibuat di http://upu.mohe.gov.my
Keputusan boleh disemak dalam 12 tengah hari 6 mei 2011
Pasti ramai yang berdebar-debar bukan.Teringat pula kami saat menunggu keputusan kemasukan UPU dulu.Kepada adik-adik yang berjaya, tahniah kami ucapkan, manakala kepada yang tidak berjaya, jangan risau.Pintu ilmu masih lagi terbuka untuk adik-adik.Yang penting, sikap tidak putus asa dalam menimba ilmu itu sendiri.
Comments Off -
Jun 18
Ramai orang yang mencari borang pentaksiran bagi matapelajaran BM, BI, Matematik, Sains dan sebagainya.
Di sini ada beberapa link yang boleh digunakan untuk kegunaan guru-guru. Kebanyakan borang adalah dalam format xls dan doc.
Bahasa Inggeris untuk Individu
Semoga ianya dapat membantu semua guru-guru.
-
Jun 18
Siapa sangka seorang surirumah sepenuh masa mampu meraih pendapatan dari rumah..ini semua telah dibuktikan oleh seorang graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) ini..

RUTIN harian Siti Sumera Deyana Sukri, 26, sama seperti wanita bekerjaya yang lain. Seawal pukul 6 pagi dia mula sibuk menguruskan anak-anak dan menyediakan sarapan pagi.
Selepas menghantar anak sulungnya, Adam El-Badri Suhaidi Badri, 6, ke tadika dia bergegas pulang ke rumah kerana perlu bersiap-siap untuk ke pejabat.
“Tetapi perjalanan ke pejabat hanya mengambil masa tak sampai seminit pun memandangkan pejabat saya terletak di luar kamar saja (ketawa),” terang Siti Sumera Deyana atau mesra dengan panggilan Mea sambil menunjukkan pejabat mininya yang kemas dan menempatkan para-para kayu yang dipenuhi koleksi fabrik serta pakaian jualannya.
Jelas Mea, meskipun pejabatnya di dalam rumah, tetapi itu tidak bermakna dia bebas melakukan apa saja terutamanya dari aspek masa. Dia menyifatkan setiap detik begitu berharga dalam menentukan untung dan rugi penjualan produknya.
“Setiap hari tepat pukul 8 pagi saya mula bekerja. Tugasan pertama saya memeriksa senarai tempahan produk daripada pelanggan dan mengemaskini stok-stok terbaharu dalam blog.
“Kemudian saya beralih pula pada proses pembungkusan sebelum ke pejabat pos untuk proses penghantaran menggunakan perkhidmatan pos laju,” tutur Mea yang sempat melayan telatah dua permata hatinya walaupun sibuk mencatat senarai tempahan.
Selain ketepatan masa, Mea yang mengasaskan Mea Sukri Shoppe yang menjual pakaian secara dalam talian turut menitikberatkan soal penampilan diri dan pemakaian.
Jelas anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan tersebut: “Jika di pejabat pekerja berdisiplin mematuhi etika berpakaian, mengapa etika ini perlu dihapuskan apabila kita bertugas di rumah? Lagipun imej yang kemas dan cantik menyuntik semangat bekerja yang tinggi.
Berbicara tentang keputusannya bekerja di rumah, anak bongsu daripada dua adik-beradik itu memberitahu segala-segalanya selepas dia melahirkan anak pertama.
Tambah graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL): “Sewaktu menamatkan pengajian, usia anak saya baru saja mencecah setahun. Jadi, saya tak sampai hati keluar bekerja dan membiarkan si kecil dijaga pengasuh.
“Namun, saya akui duduk di rumah saja mengundang kebosanan. Sebab itu, saya meminta izin suami untuk berniaga menerusi internet dan segala perihal perniagaan dijalankan di rumah. Ini bermakna selain berniaga untuk membantu menjana pendapatan peribadi, saya juga dapat memberi tumpuan sepenuh masa kepada anak-anak.
SALAH satu bilik di kediaman Mea yang dijadikan tempat menyimpan koleksi pengantin jualannya.
Dalam pada itu, Mea turut menyatakan idea bekerja di rumah timbul hasil pembacaannya di internet mengenai topik konsep pejabat ringkas di rumah atau SOHO (Small Office Home Office). Dia mendapati kebanyakan wanita di negara-negara maju memperoleh pendapatan lumayan menerusi konsep kerja SOHO.
“Lagipun sekitar 2009, peluang pekerjaan di luar amat terhad gara-gara krisis ekonomi,” terang Mea yang merujuk kepada kegawatan ekonomi dunia yang mengakibatkan seramai 17,126 pekerja wanita di Malaysia hilang dan berhenti kerja.
SOHO 30 tahun
Tahun ini hampir tiga dekad terma SOHO digunakan. Sejak kehadiran teknologi canggih seperti komputer dan internet lewat 1990-an, negara maju dilihat semakin rancak mempraktikkan konsep SOHO. Kebiasaannya trend kerja itu menjadi pilihan individu atau syarikat yang menjalankan bisnes kecil-kecilan.
Lazimnya, konsep SOHO dipraktikkan kelompok individu yang menjalankan bidang perkhidmatan seperti perakaunan, perhubungan awam, penulisan, penterjemah atau pun konsultasi berkaitan kertas kerja bagi sesebuah syarikat.
Konsep SOHO dilihat bukan saja menjimatkan kos pengangkutan malah, turut mengurangkan pencemaran udara dan bunyi di jalan raya. Secara tidak langsung mengalakkan orang ramai menjana ekonomi negara tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS), setakat ini di negara berkenaan sebanyak 75 peratus rakyat tempatan selesa bekerja di rumah. Ekoran daripada itu, pihak kerajaan menjangkakan pada tahun 2013, jumlah individu yang bekerja di rumah akan mencecah 119.7 juta orang, manakala 1.19 bilion di serata dunia.
Jimat perbelanjaan harian
Bagi Fatmawati Abdullah, 30, dalam tempoh enam bulan bekerja dari rumah dia tidak terlepas berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu.
Dia yang bertugas sebagai perunding perhubungan awam di sebuah agensi perhubungan awam swasta mengakui pada dua bulan pertama, dia berasa janggal dan sunyi kerana melakukan tugasan tanpa dikelilingi rakan sepejabat. Akui Fatmawati ia sedikit sebanyak menyukarkan dirinya melakukan tugasan dengan baik.
Enggan membiarkan situasi berkenaan berterusan maka Fatmawati atau mesra disapa Bee, mengambil keputusan bekerja di luar rumah untuk sementara waktu.
SELAIN boleh memasak di rumah, Bee juga berjaya menjimatkan sehingga RM800 sebulan untuk caj parkir dan minyak kereta.
“Bayangkan selama sedekad saya sudah terbiasa bekerja di pejabat dan dikelilingi rakan sekerja. Jika tertekan atau pun kepenatan menyelesaikan kerja menimbun, rakan-rakan menjadi tempat mengadu. Tetapi situasi ini sukar didapati apabila bersendirian bekerja di rumah. Semuanya perlu diuruskan sendiri tanpa bantuan teman-teman.
“Namun, lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Kini, rutin kerja harian kembali normal. Setiap hari selepas bersiap, saya akan duduk di pejabat yang diletakkan berhampiran meja makan. Selain mengemaskini e-mel, saya akan menghubungi majikan untuk bertanyakan tugasan terbaharu dan mengurusnkan temu janji bersama pelanggan,” ujar Bee kepada Kosmo!.
Tambah graduan Ijazah Hiasan Dalaman, Universiti Sains Malaysia (USM), biarpun konsep kerja sebegitu masih baru dilaksanakan oleh warga tempatan, tetapi Bee menyifatkan SOHO membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan dan masa.
Bukan itu saja, kini anak kelahiran Kuala Terengganu tersebut gembira kerana tidak perlu lagi tertekan dengan kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan ke pejabat. Pada masa yang sama berjimat RM800 sebulan daripada membayar caj parkir, minyak kereta dan tol.
“Saya keluar rumah sekali-sekala itupun berjumpa pelanggan, menguruskan acara dan menghadiri mesyuarat bulanan bersama majikan.
“Hakikatnya, tidak sukar untuk bekerja di rumah, asalkan pejabat mini dilengkapi komputer, mesin faksimili, mesin cetak, internet dan telefon. Kelengkapan ini memudahkan urusan komunikasi,” ujar Bee.
Sumber : Kosmo
Comments Off








