Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Nov 9

    Ramai guru mengeluh tentang SAPS yang dikatakan masih belum stabil untuk menerima data peperiksaan murid seluruh Malaysia.

    Walau bagaimanapun, sistem ini tetap perlu diisi sebelum 30 Nov 2011 seperti mana arahan TPM dalam portal SAPS.

    Berikut adalah permintaan dan keluhan guru yang didapati di sebuah blog seorang cikgu.

    Diharapkan ada suatu tindakan yang benar mantap dan berkesan. Ini kerana sistem online ini masih belum stabil seperti mana kata seorang pensyarah.

    Harap kerajaan dapat mendengar dan membantu.

  • Nov 2

    KUCHING, 25 Okt (Bernama) — Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.



    Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.



    Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.



    "Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.



    Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).



    Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.



    "Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.



    Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.



    Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.



    Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.



    Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.



    "Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.



    Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang.







    – BERNAMA

  • Oct 28

    Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Skim Sistem Saraan Malaysia akan digantikan dengan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Kelebihan SBPA ialah para penjawat awam akan mendapat kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan SSM.

    Seperti yang diumumkan kenaikan antara RM80 hingga RM320 akan diberi mengikut gred gaji. Ini sudah pasti berita gembira.

     

    Tetapi yang mengelirukan tentang bagaimana pelaksanaannya. Adakah semua penjawat awam akan diberi taklimat berhubung sistem baru ini? Jika Ya, bila?.

     

    Jadi, ramai penjawat awam yang membuat spekulasi kerana belum ada pekeliling daripada JPA. Maka muncullah skim gaji untuk PPPS DG41 versi SBPA seperti yang disiarkan dalam satu blog.

    Jika dilihat, guru baru akan menerima kenaikan gaji berbanding sistem SSM. Ini belum pasti lagi, mari kita sama-sama nantikan penerangan daripada Timbalan Perdana Menteri pada bulan 11 nanti.

  • Oct 8

    KUALA LUMPUR: Golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012.



    Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

     

    Perdana Menteri juga mengumumkan bantuan persekolahan one-off RM500 untuk isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 bagi menangani kos sara hidup.

     

    Bajet 2012 juga memberi durian runtuh kepada 5.3 juta pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima yang layak mendapat bantuan RM100 untuk setiap pelajar.

    Sebanyak RM530 juta diperuntukkan untuk bantuan itu yang akan dilaksanakan menerusi Bank Simpanan Nasional.



    Kerajaan juga memperkenal Dana Pengkomersialan Inovasi RM500 juta untuk membolehkan institusi pengajian tinggi dan perusahaan kecil dan sederhana mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan.



    Seramai 20,000 guru diploma diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan yuran dibiayai Kementerian Pelajaran. Bajet berkenaan menyediakan dana RM80 juta bagi bantuan yuran pengajian itu.

    Sementara itu, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap penurunan tempoh kenaikan gred guru siswazah daripada DG44 kepada DG48 daripada 20 tahun ke 16 tahun sebagai penghargaan besar kepada pendidik di seluruh negara dan tanda kerajaan mendengar rintihan rakyat.



    Presidennya, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pengurangan tempoh itu bermakna guru siswazah yang cemerlang berpeluang untuk mencapai gred DG52 dan DG54 sebelum usia persaraan yang kini dinaikkan kepada 60 tahun.



    KGMMB sangat berpuas hati dengan pengumuman dalam Bajet 2012 kerana turut membabitkan penurunan tempoh kenaikan gred mengikut time-based yang membuka peluang kenaikan gaji bagi guru yang enggan menerima kenaikan pangkat kerana sukar berpindah rumah atau komitmen lain.



    Guru yang tidak dilantik sebagai pengetua atau pegawai pelajaran daerah kekal di sekolah sebagai pendidik tetapi masih menerima kenaikan gred, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

  • Sep 26

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.

      Nama Program :   Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI-SR jQAF
        Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)  
        Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

    Jika berminat, sila layari laman web Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    —> http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

     

    Selamat memohon..

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Jom Sembang-Sembang

Recent Posts

  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan
  • RM100 sebelum cuti
  • Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012 ?
  • Tarikh Keputusan UPSR 2011

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
tradebit-affiliate-cookie BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net
Banner Promosi

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design