Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Bapa rayu anak kembar dimatikan
Filed under Isu SemasaJun 22
SABA (kiri) dan Farah Shakeel.
PATNA, India – Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.
Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.
Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.
Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. – Agensi
Comments Off -
Rugi RM100,000 bantu ‘kekasih’
Filed under Isu SemasaJun 18
BUKTI…dadah yang dirampas daripada suspek.SEPANG: Gara-gara mahu membantu ‘kekasih’ melepaskan diri daripada ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), seorang wanita berusia lewat 20-an kerugian RM100,000 selepas memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun individu terbabit yang dipercayai ahli sindiket penipuan wang menggunakan telefon.
Pengarah Kastam KLIA, Datuk M Govinden, berkata wanita terbabit terpedaya selepas menerima panggilan daripada individu yang dipercayai menyamar pegawai JKDM dan memintanya memasukkan wang sekiranya mahu melepaskan ‘kekasihnya’ yang dikenali ketika belajar di United Kingdom (UK).
“Suspek memberitahu wanita itu ‘kekasihnya’ yang berkunjung ke negara ini ditahan dan meminta dia membantu untuk melepaskannya.“Kes ini berlaku pada bulan lalu dan terbaru seorang wanita berusia 50-an yang berasal dari Bangi, Selangor, menerima nasib sama selepas ditipu RM10,000 daripada seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet.
“Wanita itu memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun suspek selepas menerima panggilan daripada seseorang yang menyamar pegawai JKDM,” katanya pada sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM di Kompleks Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Govinden berkata, suspek mendakwa lelaki terbabit ditahan selepas membawa wang ?200,000 (RM980,074) sebelum meminta bantuan wanita terbabit untuk melepaskannya.“Berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 33 kes membabitkan penipuan telefon yang dilakukan suspek dan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 15 kes sudah dikesan.
“Justeru, kami ingin menasihati orang awam supaya tidak mudah tertipu dan membuat aduan di talian 03-87768055 sekiranya mendapat panggilan seumpama itu,” katanya.Sementara itu, pada Rabu lalu, JKDM menahan seorang lelaki warga India berusia 30-an di Balai Ketibaan, KLIA, selepas membawa empat bungkus serbuk putih yang disyaki dadah jenis ketamine.
KESAN…Govinden menunjukkan lakaran gambar badan suspek yang menyembunyikan dadah.
“Pegawai kastam yang menjalankan pemeriksaan menjumpai dua bungkus dadah diselit pada badannya dan dua bungkus lagi diletakkan pada kaki.
“Berat kasar bagi semua serbuk putih itu berjumlah 2.8 kilogram dan dianggarkan bernilai RM56,000,” katanya.Sumber :Hmetro
Tagged as: dadahComments Off -
Kambing wajah filem animasi?
Filed under Isu Semasa, PelikJun 14
PELIK…Zakaria menatang anak kambing kesayangannya yang dilahirkan tiga hari lalu menampilkan keunikan pada wajahnya.ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru tiga hari dilahirkan di Kampung Baru (2) Gadek berwajah pelik menyerupai watak makhluk asing ‘Sully’ dalam filem animasi ‘Monster Inc’ dan didakwa mengeluarkan suara seperti bayi.
Anak kambing diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.
“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.
“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” katanya.
Menurut Zakaria, ‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi.Sumber : Kosmo
Comments Off -
Saksi adik terkapai ditelan arus
Filed under Isu SemasaJun 14
AHMAD IKHWAN menunjukkan selipar yang dipakai Nur Ihdinna dan tempat dia lemas di Sungai Kelantan di Kampung Pulau Raja, Tumpat semalam.
TUMPAT – Petang kelmarin mungkin menjadi pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh Ahmad Ikhwan Hassan, 9, apabila hanya mampu melihat adiknya terkapai-kapai dihanyutkan arus Sungai Kelantan di Kampung Pulau Raja, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Nur Ihdinna, 7, dikatakan mandi bersama sekumpulan kanak-kanak sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus sungai.
Menceritakan kejadian tersebut, Ahmad Ikhwan berkata, sebelum kejadian dia sempat meminta adiknya itu naik ke tebing dan berhenti mandi tetapi tidak diendahkan.
“Ketika itu saya sudah naik ke darat, tetapi mungkin kerana adik baru turun sungai dan masih seronok bermain air, dia tidak mahu dengar cakap saya supaya naik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Raja semalam.
Keengganan adiknya itu untuk naik ke tebing akhirnya membawa padah apabila dia lemas ketika asyik mandi-manda di kawasan berkenaan yang mempunyai kedalaman lebih tiga meter.
Sumber : Kosmo
Comments Off -
Jun 12
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Tagged as: asb. asnComments Off








