Himira.com

Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa

  • Aug 8

     

    Bonus Raya 2011

     

    Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara


    KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

     

    "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.


    Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. 


    Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

     

    "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA 

    Tagged as: ,
  • Aug 5
    Kadar Zakat Fitrah 2011

    Zakat fitrah adalah kewajipan semua umat Islam. Semua wajib membayar zakat fitrah. Berikut adalah kadar zakat fitrah yang perlu dibayar untuk seorang:

    Kadar Zakat Fitrah 2011


    Negeri
    Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
    Perlis
    6.00
    Kedah
    7.00
    Pulau Pinang
    7.30
    Perak
    7.00
    Selangor
    7.00
    Negeri Sembilan
    6.50
    Melaka
    6.30
    Johor
    6.50
    Pahang
    7.30
    Terengganu
    6.00 / 7.00 / 8.00*
    Kelantan
    7.60
    Sarawak
    7.50
    Sabah
    7.70
    Wilayah Persekutuan
    7.00

    Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

    • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
    • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
    • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
    • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
    • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

    Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.

    Selamat menunaikan zakat fitrah. :) 

  • Aug 3

    Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia khususnya kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Agama Islam Negeri Johor.



    1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (Guru Tahfiz)

    2. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27

    3. Pembantu Hal Ehwal Islam S17

    4. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17

    5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17

    6. Penyelia Asrama N1

    7. Pekerja Awam R1



    DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

    DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


    Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran passport yang terbaru dan dialamatkan kepada :



    Setiausaha

    Majlis Agama Islam Negeri Johor

    Pusat IslamIskandar Johor,

    Tingkat 5, Blok B,

    Jalan Masjid Abu Bakar,

    80000 Johor Bahru.



    Tarikh Tutup Permohonan: 10 Ogos 2011

  • Jul 31

    TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN AWAM DAN INSTITUSI PENGAJIAN SWASTA DALAM NEGARA BAGI SESI 2011/2012

    Jabatan Perkhidmatan Awam JPA menawarkan peluang biasiswa kepada pelajar yang telah mendapt tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai sesi 2011/2012. Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang menerima tawaran di IPTA dan IPTS terpilih iaitu Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia.

    Pemohon boleh membuat permohonan secara online di alamar berikut

    —>http://esilav2.jpa.gov.my

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Ogos 2011.

    Calon yang telah mendapat tajaan di bawah mana-mana program penajaan JPA ke IPTA tidak layak memohon.

    Sebarang maklumat lanjut didapati di laman web yang diberikan.

  • Jul 19

     

    Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) or Sarawak Skills Development Centre (SSDC) was established in June 1994 under the Societies Act 1966 with the objective of producing well-trained, skillful and competent workforce by offering training programmes which are practical and skills-based, and technical competence in all professional areas. To ensure its existence, it has embarked on smart partnership with existing training institutions and institutions of higher learning locally and abroad to jointly conduct training courses and programmes to enhance and upgrade the skills and competence of employees in the private sectors especially in the industrial field to increase productivity in their respective organisations.

    1. General Studies (CGSL)
    2. Information Technology
    3. Nursing Educator
    4. Clinical Instructor
    5. Marketing Officer
    6. Security Guard
    7. Admin Assistant
    8. General Worker
    9. Security Guard

    KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

    KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

    Tarikh Tutup Permohonan : 29 Julai 2011

    Related Posts with Thumbnails

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Ebook Percuma

panduan trafficwave

Recent Posts

  • Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam
  • SBPA Batal, SSM Ditambah Baik Kekal
  • 46,712 lulus, 12 calon dapat 5A dalam STPM 2011
  • 15,000 guru naik gred
  • Motivasi dari gambar

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design