Lepasan STPM dan STAM tahun 2010 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
Para permohon diminta membaca arahan yang telah diberi sebelum mengisi borang permohonan. Permohonan adalah secara online.
SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
1. Pastikan andan telah mempunyai nombor Unik ID (Slip BSN)
2. Pastikan anda membaca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan.
3. Sila kenalpasti Kategori Anda
|
Kategori
|
Keterangan
|
|
Kategori A
|
Lepasan STPM 2010 : Aliran Sastera
|
|
Kategori S
|
Lepasan STPM 2010 : Aliran Sains
|
|
Kategori T
|
Lepasan STAM 2010 dan 2009
|
4. S
ila semak Kategori Permohonan anda di laman SEMAKAN JENIS CALON (klik di sini)
5. Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih (klik disini)
SEMASA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
1. Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat didalam borang permohonan anda.
2. Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
3. Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
4. Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan.
5. Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.
SELEPAS MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
1. Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan andadi laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah membuat permohonan.
2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, Pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda dilaman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.
Jika Sudah Jelas dan Memahami Arahan Yang Diberi,
Sekiranya anda ingin membuat SEMAKAN PERMOHONAN,
klik di sini
Sekiranya anda ingin membuat KEMASKINI PERMOHONAN,
klik di sini
PERINGATAN
Anda dinasihatkan menggunakan Firefox 3.0 ke atas atau Internet 8.0 ke atas dan saiz resolusi 1024 x 768.
Share on Facebook