-
Cara Memasukkan Gambar Tanpa Login
Filed under Komputer & Internet, PendidikanJul 13Kali ini saya akan menunjukkan pula bagaimana menggunakan website www.freepixload.com.
Website ini cukup mudah digunakan dan proses upload gambar juga cepat dan pantas. Malahan, website ini memberi kemudahan kepada anda untuk upload gambar tanpa perlu mendaftar / login. Ini yang buat saya tertarik hati untuk menggunakan website ini. Selain itu, website ini juga menyediakan option untuk short url gambar yang diupload. Sebagai contoh url gambar agak panjang..seperti berikut
http://freepixload.com/images/p1010333.jpg
boleh diringkaskan menggunakan TinyURL kepada
http://tinyurl.com/28qjmg5
Ini adalah paparan FreePixLoad.Com
Walaubagaimana pun, website ini hanya membenarkan gambar yang bersaiz kurang dari 2Mb.
Saya akan menunjukkan cara untuk menggunakan website ini..
Pertama : Buka website FreePixLoad.com
Kedua : Pilih button Choose File seperti di bawah..
Ketiga : Pilih gambar yang dikehendaki dan klik Open
Keempat : Setelah memilih gambar yang dikendaki, pastikan nama file gambar adalah betul dan klik button UploadSambil menanti gambar diupload, bolehlah minum2 dulu..
Kelima : Setelah selesai proses gambar akan dipaparkan berserta kod HTMLnya sekali.
Anda boleh memilih kod yang sesuai berdasarkan destinasi gambar yang ingin diletakkan. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin meletakkn gambar anda ke ruangan forum, anda perlu menggunakan kod BBCode. Tetapi sekiranya anda ingin meletakkan gambar di dalam blog anda , anda perlu memilih kod HTML.
Saya harapkan anda dapat mencuba. Semoga berjaya.
Comments Off












