-
Login Dapat Duit. Betul Ker???
Filed under Komputer & Internet, Perniagaan InternetMay 24Pada 3 hari lepas, saya telah menerima emel dari seorang kawan yang tidak dikenali. Walaupun emel itu boleh dikatakn SPAM tetapi saya baca juga mungkin penghantar emel ini ingin menyampaikan satu maklumat penting.
Saya pun klik pada link yang diberi. Saya tertarik dengan design website yang agak simple.
Tanpa membuang masa, saya pun register..mesti ada yang marah, nape nak register?? suka hati saya lah..hehe(gurau jek), lagipun free jekkk..
Selepas itu, saya pun baca apa yang tertulis dalam website ini dan melihat testimoni yang ada. Memang ada testimoni tetapi xde bukti payment dari loginwang.com.
Saya teruskan usaha menjejak owner website ini menerusi tools who is. Ternyata usaha saya sia-sia jek sebabnya owner loginwang telah sembunyikan maklumat. Dibawah adalah paparan yang saya ambil dari who is.
Saya tidak pasti sejauh mana loginwang.com ini akan berjaya tetapi loginwang.com telah berjaya meraih hampir RM 36000 sejak 5 Mei. Ini berdasarkan kepada jumlah ahli yang telah upgrade ke Pakej VIP iaitu sebanyak Rm200.
Saya tidak mahu menghalang sesiapa untuk mencuba. Saya juga tidak mahu terlepas peluang ini cuma saya lebih mengamalkan sikap berhati-hati.
Selamat mencuba saya ucapkan pada semua..
Comments Off










