Himira.com Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
  • Boikot Barang Israel dan Amerika Syarikat

    Filed under Pendidikan
    Feb 7

    Hari nie, rasanye dah lebih sebulan kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza setelah serangan dan keganasan rejim Zionis. Kemusnahan dan kerosakan harta benda penduduk, kehilangan nyawa dan ahli keluarga, lumpuhnya sistem ekonomi Palestin di Gaza dan tangisan kecil kaum ibu dan kanak-kanak tidak pernah menginsafkan rejim Zionis sebaliknya tekanan dan pembunuhan masih berlaku sehingga hari ini.

    Atas dasar membalas serangan Hamas, rejim Zionis tidak mengendahkan tangisan penderitaan penduduk Palestin semata-mata untuk memastikan Hamas berkubur di Gaza dan seterusnya merampas tanah Gaza. 

    Kesengsaraan dan pembunuhan serta paparan mayat-mayat penduduk Palestin banyak menginsafkan kita semua di Malaysia yang begitu aman dan selesa. Semua ini membuatkan kita rasa insaf dan bersyukur atas kurniaan Allah di bumi Malaysia.

    Pelbagai bantahan dan suara kecaman dari pelbagai negara seluruh dunia termasuk PBB tidak pernah membuatkan rejim Zionis rasa tergugat sebaliknya mereka bertindak mengebom dan memusnahkan bangunan PBB di Gaza.

    Tindakan mereka ini tidak lain tidak bukan didalangi dan disokongi oleh Amerika Syarikat. Tiada siapa yang berani melawan dan membantah. Tindakan Perdana Menteri Iran, Recep Tayyip Erdogan yang membahaskan akan isu Palestin dan kebiadaban pentadbiran Israel terhadap masyarakat Islam Palestin. Beliau amat emosional ketika menyampaikan hujah-hujahnya sehingga membuatkan pengerusi forum iaitu David Ignatius (wartawan Washington Pos) cuba menghentikan percakapan Erdogan. Tindakan Ignatius yang cuba memotong cakap Erdogan hanya membuatkan PM Turki itu lebih naik angin, lantas Erdogan mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut. Tindakannya mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir pada forum tersebut.

    Erdogan memang benar-benar marah sehingga beliau mengatakan kepada Perdana Menteri Israel, Simon Peres yang berada di sebelahnya dengan kata,You’re killing people!!”

    Forum tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 29 Januari 2009. Antara ahli panel yang terlibat ialah Recep Tayyip Erdogan (PM Turki), Simon Peres (PM Israel), Ban Kin Moon (Setiausaha Agong PBB) dan Amri Mussa (Setiausaha Agong Liga Arab).

    Marilah kita sama-sama memboikot barangan Israel dan Amerika. Kezaliman tentera Israel telah membunuh puluhan ribu nyawa kanak-kanak dan kaum muslimin yang tidak berdosa. Israel bersama sekutu kuatnya Amerika Syarikat sepatutnya ‘diajar’. Mari kita boikot barang keluaran mereka..semoga sumbangan kita yang kecil ini memberi kesan ke atas ekonomi mereka. Kenapa jenama di bawah ini perlu diboikot? Sila rujuk Boikot Israel Campaign atau klik setiap trade mark di bawah untuk lihat hubung kait syarikat-syarikat ini dengan Israel dan zionis. Hidup Palestin dan Islam!!!

    Related Posts with Thumbnails

One Response to “Boikot Barang Israel dan Amerika Syarikat”

  1. sama-sama boikot barangan israel.israel musuh no 1 islam

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Jom Sembang-Sembang

Recent Posts

  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan
  • RM100 sebelum cuti
  • Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012 ?
  • Tarikh Keputusan UPSR 2011

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
tradebit-affiliate-cookie BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net
Banner Promosi

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design