Himira.com Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
    Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner
  • Suasana Minggu Pertama Persekolahan 2009

    Filed under Pendidikan, Sekolah
    Jan 7

    Hari ini merupakan hari ketiga persekolahan bagi sesi 2009, kadang-kadang hati terhibur melihat gelagat anak-anak junior di Tahun 1 yang masih menangis dan mencari ibu dah ayah mereka. Bagi mereka, itu dunia baru yang perlu mereka tempuhi sebagai langkah awal memulakan kerjaya sebagai pelajar. ;)  

    Dunia baru ini juga ditempuhi oleh guru-guru baru posting di sekolah pertama mereka. Bagi sekolahku, kami menerima kehadiran guru baru KPLI seramai 5 orang. Ramai tue ;) hehe. Alhamdulillah. semoga dengan kehadiran guru siswazah ini memberi sinar harapan untuk anak didik felda ini. Aku teringat akan suasana yang sama ketika mana aku ditempatkan di sekolah ini bersama 5 orang temanku yang lain.. Kehadiran kami disambut dengan gembira oleh GB, PK dan guru-guru lain. Aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah ini tidak seperti mana teman-temanku semaktab lalu yang terpaksa meredah sungai dan hutan untuk memulakan kerjaya sebagai guru. Moga kalian semua sabar dan tabah menempuhi hidup di perantauan.

    Melalui sumber maklumat yang aku ketahui, bagi penempatan guru KPLI 2009, banyak guru-guru ini ditempatkan di kawasan pedalaman di sekitar Sarawak, Sabah dan Labuan. Malah ada yang menitis air mata, melihat kepayahan yang terpaksa ditempuhi walaupun dijanjikan dengan elaun kesusahan bernilai RM 500 hingga RM 1500 (berdasarkan lokasi pedalaman).

    Aku pernah menyatakan pendapatku berhubung penempatan guru-guru baru dalam salah satu blog aku. Aku rasa pandanganku ini telah didengari oleh pihak KPM. Walaubagaimanapun, KPM perlu memberi sokongan moral kepada mereka yang telah ditempatkan di pedalaman dengan pemberian insurans secara percuma dan kebajikan mereka dijaga. 

    Nasihatku untuk guru-guru baru posting ini, berniatlah..berniatlah..apa-apa yang kita lakukan ini ikhlas semata-mata untuk anak didik bangsa kita. Mereka dahagakan ilmu dari insan bernama guru seperti kita ini. Syabas dan tahniah untuk anda semua..

    Aku juga nak ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu2 yang men’download’ Rancangan Tahunan dari blog aku. Tq ;)

    Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Suasana Minggu Pertama Persekolahan 2009”

  1. Emph, suka melihat gelagat budak-budak ……

    Tahniah buat cikgu baru …… :D

  2. Tq bro abooain..

    Sememangnya seronok tengok gelagat budak-budak nie..hehe ;D

    Pepun, tahniah bro abooain.,Gud Luck!

  3. salam…
    saya dah baca blog yg bro link kan tu.. rasanya mcm kpm x dgr je luahan tu.. huhuhuhu, last year mmg xde guru ppuan dr smnnjung yg dihantar ke pedalaman..abih2 pun p1 jek.. thn ni sampai p3 diletakkan guru ppuan..sungguh kesian:(

    alasan kpm, dah ada guru ppuan kat kaw. p3 tu, so kena la bawak sorang dua lagi temankan bg ramai.. huhuhuhu..

    neway, kami bangga menjadi guru ;)

  4. cheers for the yearly scheme of work!!!
    its indeed a GREATTTTTTTT help…many thanks again..:)
    hope u hv a good day!~

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Recent Posts

  • 6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir
  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan
  • RM100 sebelum cuti
  • Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012 ?

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design