Himira.com Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
    Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner
  • Persediaan Awal Sesi Persekolahan 2009

    Filed under Pendidikan, Sekolah
    Jan 2

    Hmm.. dah nak mula sesi persekolahan baru 2009, pelbagai pihak mula sibuk menyediakan pelbagai persiapan untuk menghadapinya. Pihak media sama ada TV atau surat khabar mula memaparkan gelagat ibu bapa dan anak-anak membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan yang lain. Pihak sekolah mula mengadakan mesyuarat awal tahun sebagai persiapan ke arah itu. Sekolah saya pun telah mengadakan mesyuarat sedemikian rupa pada 31 Dis yang lalu. Lama gilerrr meeting, hampir 4 jam. Nasib baikla, ada break sekejap.. Kalau tak, sudah pasti pengsan terus..

    Kementerian Pelajaran pula telah mengeluarkan pekeliling kepada semua guru sebagai arahan dan prosedur yang perlu dipatuhi sepanjang minggu pertama sesi persekolahan bermula. Sebelum itu, KPM telah mengeluarkan pekeliling untuk rujukan semua sekolah bersedia awal untuk menghadapi sesi persekolahan 2009. 

    Para guru pula sibuk menyiapkan buku rekod pengajaran dengan mencari dan menyiapkan rancangan tahunan untuk matapelajaran yang diajar. Untuk guru-guru yang ingin mendapatkan kalendar persekolahan sesi 2009, boleh dapatkan di sini. (right click and save (file dalam MsWord, cikgu2 boleh edit ;) ). 



    Selain itu, saya juga telah menyediakan link untuk guru mendapatkan Rancangan Tahunan bagi Mata Pelajaran tetapi hanya untuk sekolah rendah jek..untuk sekolah menengah, saya cuba usahakan..

    Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “Persediaan Awal Sesi Persekolahan 2009”

  1. Anuwar Jali said on

    assalamualaikum………..

    Terima kasih banyak….. awak memang seorang guru …..
    Teruskan usaha yang bermanafaat ini… Ianya saham untuk akhirat .

    Tq

  2. carigulagula said on

    hi cikgu.
    terima kasih banyak-banyak atas usaha cikgu ni. Tuhan je yg boleh balas. terasa senang nak buat kerja.
    saya baru 15tahun mengajar dan amat enjoy menjadi seorang guru. Alhamdulillah banyak juga pengalaman yang saya dapat dengan mengajar berbagai latar belakang murid dari berbagai bangsa dan pengalaman termasuklah mengajar mat saleh berusia 45 tahun. saya seronok mengajar sampai tak sempat nak sambung belajar.
    apa yang tak seronok sekarang adalah bebanan kerja guru yang lebih kepada pengkeranian. GB lebih suka tunjukkan fail2 yang tak sejauh mana kesannya kepada pelajar. sebagai seorang guru, kadang2 kita ada cara tersendiri untuk memberi tujuk ajar kepada murid2. tapi malangnya usaha terhalang akibat kerja2 pengkeranian. Mesyuarat juga berjela-jela panjangnya dan tidak efektif. Kadang2 pihak pentadbiran menganggap guru2 ni hanya mengajar dan balik. sedangkan kita sebagai guru mendapat tekanan yang kuat berhadapan dengan murid2 yg berbagai masalah.
    entahlah…apa yang diinginkan oleh pihak atasan. Belum tentu seorang pegawai yg berjawatan tinggi dan bergaji tinggi dapat mengajar sekumpulan pelajar dalam masa sejam.
    hidup cikgu..

  3. terima kasih banyak-banyak..website ini memudahkan dan menyenangkan saya untuk merancang p&p dengan cepat tanpa sakit kepala.

  4. terima kasih atas sebarang komen dan sokongan cikgu2 semua. Sya pun cikgu, sy dpt rasa kesusahan untuk mendapatkan RPT. So, saya dapat bantu cikgu2 lain dengan usaha saya yang sedikit ini.;)

  5. Miss Indra said on

    Hi cikgu! Thank you so much 4 de RPTs! It is so helpful 4me and other teachers ol ovr. Well done for ur great effort! I am really motivated by ur efforts. so, y not i share sumthing vth ol teachers…those teachers teaching science and maths for year 1, if u face any difficulty in language, u may refer this as a guidance…http://www.tutor.com.my/tutor/ppk/ .
    tq again.

Jom Baca Blog Ini di Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Jom LIKE kami…

Recent Posts

  • Motivasi dari gambar
  • 6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Khinzir
  • 46,012 Perolehi Semua A Keputusan UPSR 2011
  • Keputusan UPSR 2011 diumumkan
  • RM100 sebelum cuti

Blog Feeds

Blog Ping service
invisible tracker Internet Blogs - BlogCatalog Blog Directory Marketing / SEO Internet Blogs BloggerMelayu.com
BHO Malaysia Top Site Ranking
Malaysian TopsitesIRCserv TopSites Carta Top Blog Murabbi.Net

Ebook Percuma

panduan trafficwave
 
Powered by Wordpress
Wordpress theme designed by OhGempak Web Design