Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Suasana Minggu Pertama Persekolahan 2009
Filed under Pendidikan, SekolahJan 7Hari ini merupakan hari ketiga persekolahan bagi sesi 2009, kadang-kadang hati terhibur melihat gelagat anak-anak junior di Tahun 1 yang masih menangis dan mencari ibu dah ayah mereka. Bagi mereka, itu dunia baru yang perlu mereka tempuhi sebagai langkah awal memulakan kerjaya sebagai pelajar.
Dunia baru ini juga ditempuhi oleh guru-guru baru posting di sekolah pertama mereka. Bagi sekolahku, kami menerima kehadiran guru baru KPLI seramai 5 orang. Ramai tue
hehe. Alhamdulillah. semoga dengan kehadiran guru siswazah ini memberi sinar harapan untuk anak didik felda ini. Aku teringat akan suasana yang sama ketika mana aku ditempatkan di sekolah ini bersama 5 orang temanku yang lain.. Kehadiran kami disambut dengan gembira oleh GB, PK dan guru-guru lain. Aku bersyukur kerana ditempatkan di sekolah ini tidak seperti mana teman-temanku semaktab lalu yang terpaksa meredah sungai dan hutan untuk memulakan kerjaya sebagai guru. Moga kalian semua sabar dan tabah menempuhi hidup di perantauan.Melalui sumber maklumat yang aku ketahui, bagi penempatan guru KPLI 2009, banyak guru-guru ini ditempatkan di kawasan pedalaman di sekitar Sarawak, Sabah dan Labuan. Malah ada yang menitis air mata, melihat kepayahan yang terpaksa ditempuhi walaupun dijanjikan dengan elaun kesusahan bernilai RM 500 hingga RM 1500 (berdasarkan lokasi pedalaman).
Aku pernah menyatakan pendapatku berhubung penempatan guru-guru baru dalam salah satu blog aku. Aku rasa pandanganku ini telah didengari oleh pihak KPM. Walaubagaimanapun, KPM perlu memberi sokongan moral kepada mereka yang telah ditempatkan di pedalaman dengan pemberian insurans secara percuma dan kebajikan mereka dijaga.
Nasihatku untuk guru-guru baru posting ini, berniatlah..berniatlah..apa-apa yang kita lakukan ini ikhlas semata-mata untuk anak didik bangsa kita. Mereka dahagakan ilmu dari insan bernama guru seperti kita ini. Syabas dan tahniah untuk anda semua..
Aku juga nak ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu2 yang men’download’ Rancangan Tahunan dari blog aku. Tq
-
Jan 2
Link untuk download Rancangan Tahunan Mata Pelajaran Sekolah Rendah : (right click n select save as/save link as)
Bahasa Melayu : BM Tahun 1, BM Tahun 2, BM Tahun 3, BM Tahun 4, BM Tahun 5, BM Tahun 6
English : Year 1, Year 2, Year 3, Year 4, Year 5, Year 6
Mathematics : Year 1, Year 2, Year 3, Year 4, Year 5, Year 6
Science : Year 1, Year 2, Year 3, Year 4, Year 5, Year 6
Agama Islam : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
JQAF : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3
Bahasa Arab : Tahun 1
Pend Seni Visual : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5,Tahun 6
Pend Jasmani : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
Pend Sivik (PSK) : Tahun 4, Tahun 5
Pend Muzik : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
Kajian Tempatan : Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
Kemahiran Hidup : Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
Pend Moral : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
KSSR Tahun 1 2011: BM, BI & Matematik
Saya harap guru-guru dapat mendapat manfaat dari link saya sediakan ini.
-
Persediaan Awal Sesi Persekolahan 2009
Filed under Pendidikan, SekolahJan 2Hmm.. dah nak mula sesi persekolahan baru 2009, pelbagai pihak mula sibuk menyediakan pelbagai persiapan untuk menghadapinya. Pihak media sama ada TV atau surat khabar mula memaparkan gelagat ibu bapa dan anak-anak membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan yang lain. Pihak sekolah mula mengadakan mesyuarat awal tahun sebagai persiapan ke arah itu. Sekolah saya pun telah mengadakan mesyuarat sedemikian rupa pada 31 Dis yang lalu. Lama gilerrr meeting, hampir 4 jam. Nasib baikla, ada break sekejap.. Kalau tak, sudah pasti pengsan terus..
Kementerian Pelajaran pula telah mengeluarkan pekeliling kepada semua guru sebagai arahan dan prosedur yang perlu dipatuhi sepanjang minggu pertama sesi persekolahan bermula. Sebelum itu, KPM telah mengeluarkan pekeliling untuk rujukan semua sekolah bersedia awal untuk menghadapi sesi persekolahan 2009.
Para guru pula sibuk menyiapkan buku rekod pengajaran dengan mencari dan menyiapkan rancangan tahunan untuk matapelajaran yang diajar. Untuk guru-guru yang ingin mendapatkan kalendar persekolahan sesi 2009, boleh dapatkan di sini. (right click and save (file dalam MsWord, cikgu2 boleh edit
).
Selain itu, saya juga telah menyediakan link untuk guru mendapatkan Rancangan Tahunan bagi Mata Pelajaran tetapi hanya untuk sekolah rendah jek..untuk sekolah menengah, saya cuba usahakan..







