Himira.com
Sumber Informasi Perniagaan Internet, Isu Pendidikan dan Isu Semasa
-
Nov 20
Hari ini saudara Ammar Zahar telah melancarkan program affiliate A+ dan anda dijemput untuk menyertai program affiliate beliau. Sebagai affiliate anda berpeluang memenangi hadiah berupa Laptop, Handphone, Ipod dan Camera. Tahniah Ammar Zahar!. Jadi sesiapan yang berminat hendak dapatkan ebook beliau.
Tidak rugi untuk anda pelajari bagaimana beliau mampu mendapatkan RM1000 dalam seminggu.
Comments Off -
Nov 17
Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.
‘‘Sebanyak 317,404 calon (62.7 peratus) mendapat minimum gred C dalam semua mata pelajaran berbanding purata 60.5 peratus untuk tempoh 2003-2007.
‘‘Seramai 488,567 pelajar atau 96.3 peratus daripada jumlah calon pula mencapai tahap literasi yang dikehendaki berbanding purata 95.7 peratus untuk lima tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Alimuddin berkata, hanya terdapat empat mata pelajaran yang mencatatkan penurunan dari segi jumlah pelajar yang mendapat A iaitu Matematik, Bahasa Inggeris SJK, Bahasa Cina (pemahaman) dan Bahasa Tamil (pemahaman).
Menurutnya, lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (penulisan) Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Inggeris SK, Bahasa Melayu (pemahaman) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Bahasa Cina (penulisan) dan Bahasa Tamil (penulisan) pula mencatatkan peningkatan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mendapat gred A.
‘‘Dari segi pelajar yang memperoleh minimum gred C pula, mata pelajaran yang mencatatkan peningkatan signifikan ialah Bahasa Melayu (penulisan) SJK dan Bahasa Inggeris SK.
‘‘Tiada satu pun mata pelajaran yang mencatatkan penurunan yang signifikan dari segi jumlah pelajar yang mencapai gred A hingga C,” katanya.
Dalam pada itu, lebih separuh daripada jumlah calon pelajar berkenaan menggunakan bahasa Inggeris bagi menjawab peperiksaan Sains dan Matematik.
Daripada 511,875 sampel yang diambil, 159,234 (31.1 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam menjawab soalan Sains.
Alimuddin berkata, keputusan di kalangan calon orang kurang upaya (OKU) turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan tahun ini.
‘‘Sebanyak 1.27 peratus daripada jumlah calon terencat akal memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding hanya 1.19 peratus pada tahun lalu.
‘‘Jumlah calon buta yang mendapat semua A pula meningkat daripada kosong kepada 3.33 peratus. Calon cacat lain daripada kosong kepada 0.33 peratus, calon rabun daripada kosong kepada 1.33 peratus dan calon spastik daripada 1.23 peratus kepada 4.26 peratus.
‘‘Calon bisu yang mendapat A dalam semua mata pelajaran, bagaimanapun, menurun daripada 66.67 peratus kepada 50 peratus manakala masih tiada calon pekak yang mendapat semua A pada tahun ini,” katanya.
Ditanya mengapa analisis keputusan keseluruhan UPSR tahun ini dibandingkan dengan keputusan purata lima tahun lalu dan bukan dengan keputusan tahun lepas, Alimuddin berkata, perbandingan dengan lima tahun lepas dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh dan tepat.
‘‘Selain itu, tahun 2003 juga merupakan tahun di mana kita memulakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya.
- Utusan
Tagged as: UPSRComments Off -
Nov 7
Tepat 7 Nov 2008, keputusan pertukaran guru antara negeri bagi Januari 2009 telah keluar. Pelbagai reaksi dan mimik muka terpampang pada wajah guru-guru yang berharap ini. Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kecewa dan paling ramai yang menangis. Ada yang menangis sebab terlalu gembira kerana berjaya tukar dan ada juga yang menangis kerana gagal dapat tukar. Apapun, masih ada tempoh rayuan selama seminggu untuk dipertimbangkan oleh pihak Kementerian.Jadi, rebutlah peluang yang ada ini sebaik mungkin.
Yang tidak berjaya, teruskan bakti anda di tempat sekarang. Semoga usaha guru-guru semua mendapat keberkatan Ilahi. Yang berjaya tukar, jadikan tempat kerja baru nanti sebagai motivasi diri untuk meningkatkan mutu pendidikan negara ini.
Saya juga mendapat komen daripada beberapa orang guru yang bertanyakan tentang penggunaan Internet Explorer sebagai browser untuk membuat sistem pertukaran guru. Kenapa browser lain tidak boleh guna? Ini kerana ramai pengguna Internet menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser. Justeru itu, saya minta pihak BTMK Kementerian Pelajaran Malaysia mempertimbangkan perkara ini demi meningkatkan mutu penyampaian maklumat kementerian kepada rakyat.
Hmm
, saya masih menantikan keputusan UPSR 2008. Agak-agaknya bila akan diumumkan? Marilah bersama-sama kita nantikannya. Bukan apa, murid-murid dah tanya guru-guru, jadi guru-guru rasa serba salah je nak jawab..:) -
Nov 3
Hmm..dah bulan November pun, ramai guru-guru yang sedang menanti keputusan seperti keputusan PTK, keputusan PGSR dan keputusan pertukaran antara negeri. Keputusan PTK telah diumum dan keluar. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada guru yang berjaya dengan cemerlang. Kepada yang kurang bernasih baik, cube lagi.. masih banyak ruang dan peluang untuk berjaya. Hari nie, kawan kita berjaya..kita gembira..Esok, mungkin hari kita pulak..Yang penting, perbanyakkan doa dan usaha untuk berjaya.
Keputusan PGSR akan diumumkan tidak lama lagi. Begitu juga, keputusan pertukaran antara negeri. Rujuk post saya sebelum nie, berkaitan dengan Pertukaran Antara Negeri. Saya rasa semua sekolah di seluruh Malaysia sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan. Bagi guru-guru yang inginkan kalendar persekolahan tahun 2009, boleh dapatkan di laman web KPM atau kalau malas, download di sini saja. right click and save (file dalam MsWord, cikgu2 boleh edit
)Saya juga ternanti-nanti keputusan UPSR 2008. Kenapa macam lambat je keluar result tahun nie? Rasanya ramai yang menantikan keputusan UPSR tahun nie, bukan sahaja calon UPSR, guru-guru, ibubapa tetapi juga badan kerajaan lain, badan NGO, media dan sebagainya..Ini kerana mereka ingin melihat pencapaian murid dalam UPSR 2008 terutamanya subjek Matematik dan Sains. Pada saya, ada baiknya keputusan yang bakal diumumkan nanti adalah telus dan tulus demi masa depan anak bangsa negara kita.
Comments Off







