-
Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)
Filed under Pendidikan, SekolahJul 25PUTRAJAYA 3 Julai – Kementerian Pelajaran akan melancarkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Ren dah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) bagi meningkatkan tahap kelulusan akademik guru-guru sekolah rendah.
Klik di sini untuk memohon (17 Julai – 15 Ogos 2008)
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kedua-dua program tersebut akan bermula tahun ini dengan pengambilan pertama dijangka pada 17 November ini.
“Iklan program ini akan disiarkan pada 15 Julai ini menerusi akhbar tempatan dan permohonan juga dibuka secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Alimuddin berkata, program PGSR akan dikendalikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara mulai 2008 hingga 2012 dan melibatkan tempoh pengajian selama empat tahun.
Katanya, program ini akan diadakan semasa musim cuti persekolahan dengan unjuran pengambilan seramai 3,000 orang guru setiap tahun.
“Bidang ditawarkan melibatkan pelbagai mata pelaja ran, selepas tamat pengajian peserta program akan dianu gerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepuji an (Pendidikan Rendah),” katanya.
Alimuddin menjelaskan, PKPGB pula dikhaskan kepada guru besar atau pegawai-pegawai kementerian yang per nah menjadi guru besar dan menyandang gred DGA34 dan DGA32, berumur tidak melebihi 48 tahun.
“Program selama tiga tahun itu dilaksanakan secara Mod Intensif iaitu dalam tempoh setahun kuliah melibat kan empat sesi secara intensif merangkumi 148 hari. – Utusan.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1.1 Warganegara Malaysia.1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 15 November 2008.
1.4 Telah disahkan dalam jawatan.
1.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
1.6 Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru.
1.7 Pemohon yang sedang mengikuti kursus KSPK atau KDP 14 minggu tidak dibenarkan memohon.
1.8 Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
1.9 Telah membuat pengistiharan Harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Permohonan PGSR Kursus Secara Sambilan Ambilan November 2008 ini ditutup pada 15 Ogos 2008 .

2 Responses to “Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGRS) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)”
-
Well said.
-
endang istikomah said on February 15th, 2010 at 12:09 pm
salam dan slmt sejahtera…
saya mahu tanya,
1. kenapa program ini di laksanakan?
2. apa isu perancangan atas program ini disediakan?
3. apa dan bagaimana pelaksanaannya?
4. apa matlamat daripada program ini?
5. berapa masa sekali di adakan program ini?
terimakasih….






